Husam Musa yang gila menyaman orang lain, khususnya blogger, kini bakal berhadapan dengan lima saman daripada individu berprofil tinggi kerana melakukan fitnah. Antara yang akan menyamannya adalah Dato' Seri Mustapha Mohammad serta seorang bekas pemimpin tertinggi PAS.
Seperti yang diketahui dan dimaklumi oleh semua orang, nama Husam Musa berada dalam senarai calon-calon PAS Kelantan untuk bertanding dalam PRU-13. Walaupun sebelum ini, diberitakan yang Husam Musa bercita-cita untuk bertanding di Putrajaya, namun berdasarkan kepada senario, Husam Musa tidak akan berani keluar dari sarangnya.
Bahkan, keberanian Husam Musa juga sebenarnya sedang tercalar dengan teruk sehinggakan dia perlu menyaman mana-mana blogger pro-UMNO yang dirasakannya menggugat kredibilitinya.
Pun begitu, Husam Musa akan melahirkan perasaan gundah-gulananya apabila kes samannya dibawa keluar dari Kota Bharu dan hakim yang digemarinya, ditukarkan kepada hakim lain!
Husam Musa tidak pernah berhadapan dengan realiti semasa. Sebaliknya dia lebih banyak syok sendiri dan berasakan orang lain semua akan terpedaya dengan tipu helah dan kenyataannya.
Hanya kerana sekeping gambar yang menunjukkan dia berjalan bersama-sama seorang wanita Cina yang dikatakannya sebagai PENTERJEMAH, Husam Musa cuba menunjukkan bahawa gambar-gambar berkenaan sebagai fitnah.
Fitnahkah atau sebenarnya Husam Musa cuba nak tutup mulut dan cerita tentang AMOI berbaju merah itu tidak lagi diperkatakan oleh sesiapa pun kerana ADA RAHSIA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN?
TERLALU BANYAK PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN yang telah dilakukan oleh Husam Musa kepada rakyat Kelantan. Kalaulah Husam Musa itu seorang pemimpin UMNO, barangkali sekarang ini UMNO telah dikaitkan dengan pembohongan dan pendustaan oleh para pengikut PAS. Malangnya, Husam Musa adalah pemimpin dan ahli PAS. Justeru, para pengikut PAS yang lain, cuba menutup mulut daripada bercerita tentang pembohongan dan pendustaan Husam Musa yang telah menjadi darah dagingnya, sebagaimana dia menyebat duit rakyat Kelantan yang kemudian 'diamanahkan' kepada orang lain untuk menjaganya, sedangkan dia sendiri kelihatan seperti seorang yang 'bersih'.
Apa projek di bawah Husam Musa yang berjalan lancar atau disiapkan?
LANGSUNG TIDAK ADA!
Kerana itulah, Husam Musa beria-ia nak menyaman sesiapa sahaja yang bercakap tentangnya dan penipuan-penipuan yang dilakukannya.
Nah, sekarang giliran dia pula berhadapan dengan saman.
Diharapkan Mustapha Mohammad tidak sekadar menerima permohonan maafnya tetapi menuntut agar Husam Musa membayar lebih dari RM100 juta. Tidak perlu risau kerana KEKAYAAN KELANTAN YANG ADA DALAM SIMPANAN HUSAM MUSA, bernilai lebih tinggi dari itu. Sesiapa pun yang menyaman Husam Musa dengan nilai tinggi, Husam Musa tidak akan hairan sama sekali!!!
No comments:
Post a Comment