Jumlah Pengunjung
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Thursday, 27 October 2016
SELEPAS HOSPITAL.. KINI AMBULANS PULA TIBA-TIBA TERBAKAR!!!
KUALA KANGSAR: Sebuah ambulans terbakar di persimpangan lampu isyarat Taman Bunga Raya di sini, malam ini.
Dalam kejadian jam 8.50 malam, ambulans itu yang dikatakan dalam perjalanan pulang dari Ipoh secara tiba-tiba terbakar di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada orang awam jam 8.59 malam sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Anggota yang tiba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh tiga minit dan dua kakitangan hospital yang berada dalam ambulans dapat keluar dan tidak cedera.
"Tiada pesakit dalam ambulans berkenaan ketika kejadian," katanya.
Sunday, 29 September 2013
KANAK-KANAK MATI DI LANGGAR TRELER BAPA SENDIRI !!!
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terbunuh selepas dilanggar oleh
sebuah treler yang dipandu bapanya sendiri di Taman Megah, di sini
kira-kira pukul 9 malam tadi.
Mangsa, Muhamad Rifaie Aiman meninggal dunia ketika menerima rawatan
di Hospital Pontian, beberapa jam selepas kejadian berlaku.
Sunday, 18 August 2013
AZHAR IDRUS MEMANG BIADAP DI JALAN RAYA !!!
Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.
Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu baca seterusnya...
Wednesday, 5 June 2013
KEMALANGAN NGERI DI LEBUHRAYA SUNGKAI !!!
Kemalangan ini berlaku di lebuhraya utara selatan berdekatan dengan sungkai perak semalam pada pukul 3 petang. Kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta proton saga berwarna biru yang merempuh di belakang lori 3 tan milik pertubuhan peladang negeri perak yang sedang menukar tayar di tepi jalan. Pemandu proton saga memandu dengan laju sehingga tidak dapat melihat kon penanda yang di letakkan oleh pihak PLUS di tepi jalan tersebut.
Menurut pemandu lori tersebut Jawaris bin mohd sarip, "saya terkejut apabila tiba-tiba sebuah kereta melanggar belakang lori saya. Saya hampir-hampir tercedera akibat kemalangan ini kerana kedudukan saya dengan tempat pelanggaran amat hampir sekali. Saya bersyukur kerana ALLAH masih melindungi diri saya, saya nampak mayat seorang perempuan cina tercampak keluar dari kenderaan".
Didalam kemalangan ini, seorang perempuan cina terbunuh serta merta, seorang cedera parah, seorang cedera di muka dan seorang kanak-kanak di dalam kereta tidak mengalami kecederaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)










