Jumlah Pengunjung

Showing posts with label kuasa allah. Show all posts
Showing posts with label kuasa allah. Show all posts

Tuesday, 30 August 2016

AL-QURAN TERBANG DIHADAPAN KAABAH!!!



Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu' melakukan ibadah, tiba-tiba terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di dinding Kaabah.

Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Satu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terusmelekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi botol minyak wangi - Petikan Warta Perdana.

Sunday, 23 June 2013

VIDEO ANWAR HASUT RAKYAT LAWAN KUASA ALLAH !!!



Jerebu yang sedang melanda negara kita sekarang semuanya sedia maklum, bahawasanya itu adalah satu petanda kepada hambanya tentang kekuasaan ALLAH yang menciptakan sesuatu yang mempunyai sebab-sebabnya. Semua juga sedia maklum disebabkan jerebu semalam juga ALLAH telah menggagalkan perancangan jahat anwar untuk menghuru harakan negara malaysia yang selama ini aman dan damai. Walau apa jua petanda yang ALLAH berikan, anwar tidak pernah mahu menyedarinya kerana anwar yakin dengan keangkuhan yang dimiliki oleh PAS akan membutakan mata pengikiutnya.

Kebiasaannya beliau sering menyalahkan kerajaan khasnya FRU yang menggunakan alat pemedih mata bagi menyuraikan mereka, namun petang semalam kuasa Allah dengan cuaca yang berjerebu menyebabkan sebahagian besar penyokong PR tidak hadir dan ada juga yang bersurai awal.

Maka perancangan mereka untuk gulingkan kerajaan tidak tercapai, selepas ini apa pula perancangan Anwar yang keseterusnya. Semoga ALLAH taala akan sentiasa menggagalkan perancangan jahat dari mereka.


(KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK VIDEO )


Tuesday, 21 May 2013

KEADILAN UNTUK ANWAR !!! HALUSI TEKNIK DAN CARANYA...



KEADILAN DI ZAMAN ANWAR!!! NAUZUBILLAH...

Memang inilah watak Anwar Ibrahim, dh makin ramai yg tertanya-tanya mengapa anwar tidak di penjara atas berbagai kesalahan yg telah dia lakukan? bagi aku simple jer, itu semua kuasa ALLAH yg menentukan, "firman Allah - Setiap sesuatu yg aku ciptakan semua ada sebabnya " maka tidak perlulah kita mempertikaikan kuasa ALLAH TAALA.. kerana semuanya adalah dalam perancangannya...

Bagi aku hikmah di sebalik mengapa Anwar masih tidak di penjarakan adalah kita boleh menilai dan melihat sendiri perbuatannya sehingga sekarang dan sikapnya terhadap rakyat malaysia umumnya kepada yg beragama islam. Tindakan terdesaknya, mencaci hamun sesama islam, tidak pernah mengaku kesalahan sendiri, menghalalkan yg haram, tidak pernah berani bersumpah atas nama kebenaran dan berbagai lagi adalah sikapnya yg ALLAH TAALA jelas tunjukkan kepada kita. Maka kita seharusnya bersyukur kerana ALLAH sentiasa membuka pintu hati kita utk kita lebih mengenali siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Aku tidak pandai berceloteh panjang, cuba kita baca cerita di bawah...



Senario 1: Satu hari, seorang lelaki ditahan oleh beberapa orang pemuda yang memakai baju hitam sewaktu sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah.

Salah seorang lelaki berbaju hitam itu berkata, "Encik ditahan kerana didakwa telah melakukan kesalahan merompak sebuah kedai serba guna."

Lelaki yang ditahan bertanya, "Apa buktinya saya merompak kedai berkenaan?" Lelaki berbaju hitam itu menjawab, "Bukti? Itu kemudian kami kumpul. Kita dakwa dulu."

Senario 2: Lelaki yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke mahkamah untuk didakwa. Salah seorang lelaki berbaju hitam berkata, "Awak mengaku bersalah atau tidak?"

Lelaki yang ditahan jawab, "Tidak, saya tidak mengaku bersalah kerana tidak ada bukti sahih untuk menuduh saya melakukan rompakan tersebut."

Kemudian lelaki berbaju hitam itu mengeluarkan sebuah pita rakaman yang diambil dari kedai serbaguna tersebut dan menunjukkannya kepada Hakim.

Lelaki berbaju hitam itu bertanya lagi, "Bukan ke itu awak didalam rakaman tersebut? Dari siasatan yang telah kami lakukan, individu didalam video ini adalah awak.

Dua pakar video kami telah mengesahkan bahawa 99.99% individu didalam video itu adalah awak. Adakah awak masih lagi mahu menafikannya?"

Lelaki yang ditahan itu kemudian menjawab, "Ya! Saya tetap menafikan perkara tersebut sebab video itu besi. Mana ianya boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

"Lagi pun, individu yang ada didalam video tu rupa je macam saya, gaya pun macam saya. Tapi dia bukan saya!!!" tegas lelaki yang dituduh tadi.

Kesimpulannya, dua senario itu jelas menunjukkan KETIDAK-ADILAN dalam sistem yang diamalkan oleh Si Ketua Penipu yang sedang dijaja sekarang ini. Pun masih ada orang yang percaya? Adakah itu yang kita mahukan? Korang fikir la sendiri!!!




Member BSK