Jumlah Pengunjung

Sunday 21 July 2013

MULA MULA PUAS HATI, LEPAS PILIHANRAYA ???




KUALA BESUT 20 Julai - Kedua-dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berpuas hati dengan proses pengundian awal hari ini di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.
Calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang tiba pada pukul 8.26 pagi ketika ditemui pemberita memuji kelancaran proses pengundian awal itu yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Proses berjalan lancar dan daripada apa yang kita perhatikan kita puas hati," katanya. Pengundian awal itu melibatkan 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 95 peratus. Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che
Ku Abd Rahman juga berpuas hati dengan kelancaran proses undi awal itu. Tengku Zaihan berkata, beliau akan menggunakan
tempoh yang masih ada sebaik mungkin untuk mendekati lebih ramai pengundi termasuk golongan muda sebelum 24 Julai iaitu hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa.

Beliau juga melahirkan keyakinan BN mampu meningkatkan jumlah undi di dua kawasan yang dianggap kubu kuat Pas iaitu di Bukit Puteri dan Kampung Nangka menerusi pendekatan rumah ke rumah. PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA







No comments:

Post a Comment

Member BSK