Jumlah Pengunjung

Friday 22 May 2015

#FBP2015 TIGA ARTIS GEGAR PENTAS UTAMA !!!



Malam kedua, bertempat di pentas utama Festival Belia Putrajaya 2015 telah di gegarkan dengan persembahan dari Nabil Raja lawak, Angah Raja Lawak, kumpulan Forteen dan kumpulan 6ixth Sense. Sememangnya persembahan dari artis ini sungguh dinantikan oleh pengunjung-pengunjung yang menghadiri Festival Belia Putrajaya pada malam ini.

Persembahan pertama, telah dimulakan dengan lawak yang amat mencuit hati penonton  juga semua kakitangan petugas yang berada di pentas utama. Ternyata gabungan Nabil dan Angah memang sesuai kerana peranan dan lawak spontan mereka telah membuatkan semua penonton tidak kira dari yang muda hingga yang tua ketawa berdekah-dekah. 5 bintang dapat penulis berikan kepada lawak mereka pada mala mini.



Persembahan kedua pula telah hiburkan oleh artis kegilaan gadis-gadis terutamanya belia-belia wanis yang sentiasa tersenyum sendirian apabila melihat wajah jambu dari ahli kumpulan FORTEEN. Kumpulan ini sudah terkenal terutama Izzue Islam yang sentiasa menjadi jeritan dari peminat yang berada dibawah pentas. Persembahan FORTEEN pada kali ini menjadi lebih bermakna kepada peminat-peminat mereka apabila ahli-ahli kumpulan FORTEEN turun dari pentas dan menyanyi bersama peminat-peminat ditempat duduk penonton.




Persembahan ketiga pula sememangnya reaksi penonton bersungguh menantikan kemunculan Band 6IXTH SENSE. Terjerit-jerit, itu yang kedengaran dari bawah pentas bila pemuzik 6IXTH SENSE baru memasang alat muzik mereka untuk persediaan persembahan mereka. Ternyata 5 buah lagu yang telah dipersembahkan oleh 6IXTH SENSE tidak cukup untuk penonton berhibur baik dari lelaki dan wanita yang berganjak sedikit demi sedikit kehadapan pentas.






Apa-apa pun dapat penulis ceritakan bahawasanya persembahan pada malam ini amat berjaya menghiburkan penonton-penonton yang telah hadir.




No comments:

Post a Comment

Member BSK