Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 May 2015

GST DI PRK PERMATANG PAUH JADIKAN RAMAI MATI KEBULUR ???



Setiap kali menjelang pilihan raya, peniaga di kawasan sekitar terbabit pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menambah pendapatan.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini, peniaga turut merasai 'durian runtuh' ekoran kebanjiran penyokong, pemerhati dan wakil media dari dalam dan luar kawasan.

Peniaga nasi daging, Siti Fatimah Md Isa, 51, berkata warungnya menjadi meriah sejak hari penamaan calon 25 April lepas berikutan ramai yang datang menjamu selera ketika tengah hari dan malam. 

Warung Pak Lang Ti, yang dibuka dua tahun lepas di Permatang Pasir itu turut menyajikan makanan selera orang kampung seperti mi bandung, mi goreng dan laksa yang antaranya menjadi menu utama pengunjung. 

"Sempena PRK ini, saya terpaksa menyediakan bahan-bahan masak untuk nasi daging sebanyak dua kali ganda berbanding sebelum ini. Kalau dulu kami hanya guna tiga kilo beras setiap hari tetapi sekarang kena masak enam kilo," katanya kepada Bernama.

Siti Fatimah berkata sebanyak 60 pinggan nasi daging boleh dijual sehari daripada 30 pinggan sebelum ini kerana ramai pengunjung luar yang datang balik untuk menjamu selera selepas mencuba buat kali pertama. 

"Cakap ja nasi daging, orang mesti tau itu dari utara. Ia adalah makanan tradisional yang popular. Ada pelanggan dari luar seperti Johor Baharu dan Perak pasti akan datang buat kali keduanya kerana mereka rasa makanan itu unik dan cukup berempah," katanya.

Menurutnya nasi daging warung Pak Lang Ti disajikan bersama air asam, air rebusan daging dan kuah kari itu adalah resipi daripada bapa mentuanya yang dahulunya mengusahakan perkhidmatan katering. 

Siti Fatimah berkata nasi daging tetap dijual pada harga RM4 sepinggan walaupun musim pilihan raya dan tidak akan mengambil kesempatan terhadap pelanggan. 

Sementara itu, satu lagi menu tradisi, laksa sambal sotong turut menjadi tumpuan ramai ketika pilihan raya kali ini dan peniaga Azar Noor Zakaria, 54 turut merasai durian runtuh itu.

"Seminggu sebelum PRK kami telah membeli bekalan seperti laksa, sotong kering dan ikan sardin untuk menampung pengunjung yang ramai.  Memang seronok lah sekali sekala ada sambutan tinggi, pendapatan itu bolehlah lebih sikit," katanya.

Hidangan laksa warung Selera Idaman Utara itu berlainan dengan laksa biasa kerana sotong, tofu, cucur udang disajikan bersama laksa dengan kuah pedas resipi sendiri.  - Bernama



No comments:

Post a Comment

Member BSK