Jumlah Pengunjung

Friday 22 May 2015

#FBP2015 ZON SELATAN BERSEDIA BIKIN GEMPAK !!!



Zon Selatan Festival Belia Putrajaya 2015 yang bertempat di Presint 4 putrajaya, telah lengkap membuat persiapan bagi memberi pertunjukan-pertunjukan menarik kepada kehadiran belia-belia Malaysia. Ternyata kesemua atucara-atucara yang akan disediakan didalam zon ini merupakan kegilaan belia masa kini dan kelainan yang belum belia nikmati sepenuhnya sebelum ini.

Antaranya, Muzik Sape, Rabak Poetry Kids by Projek Rabak, Drum Sinfoni, Young Writers, Workshop, Lee Wushu Dance, AIIA – Improv Comedy, My Dance – A Wonderer in Berlin Radio Tari, Aqak Hangat, Bengkel Seni Khat 2 dan baynyak lagi.

Pastinya di bahagian Zon ini akan di meriahkan lagi dengan pelbagai latah dan ragam anak muda bagi menunjukkan bakat mereka yang selama ini terpendam. Dengan keadaan cuaca yang sedikit panas pada hari pertama ini langsung tidak mematahkan semangat peserta-peserta yang telah bersedia dari awal pagi untuk memberikan hiburan yang berbeza dari persembahan mereka sebelum ini. 


Ayuh belia semua, jangan lupa untuk singgah di Zon Selatan ini dan war-warkan lagi pada semua hadirin. 

















No comments:

Post a Comment

Member BSK