CELAKALAH NURUL IZZAH SEUMUR HIDUPNYA !!!
Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan aktivis
Islam mengecam kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Nurul Izzah Anwar kelmarin bahawa kebebasan beragama di negara ini
sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.
Antara yang bangkit bersuara ialah Pertubuhan Muafakat
Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia,
Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Jalur Tiga, Persatuan Peguam
Syarie Malaysia, Lembaga Penasihat Pelajaran Islam, Institut Kajian
Islam dan Strategi (ISSI), aktivis Pas dan bekas aktivis Angkatan Belia
Islam Malaysia.
Mereka juga meminta pihak berkuasa agama Islam bertindak
kerana kenyataan sedemikian telah menjadi isu dan menimbulkan kekeliruan
kepada masyarakat.
Kelmarin, Nurul Izzah antara lain menegaskan, rakyat tidak
seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu
terpakai kepada orang Melayu.
No comments:
Post a Comment