Jumlah Pengunjung

Tuesday, 1 October 2013

KELAB MUTIARA DANGDUT IPOH KENA SERBU !!!



Ipoh: “Pada awalnya saya agak terkejut apabila tiba-tiba dihampiri beberapa anggota dan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), namun selepas dimaklumkan berkenaan program dakwah yang dijalankan, saya mula tenang,” kata salah seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 30-an.
Dia antara beberapa pengunjung kelab dangdut yang menerima ‘serbuan’ mengejut JAIPk dalam program dakwah yang menumpukan beberapa kawasan antaranya pusat hiburan, kawasan riadah dan tumpuan ramai di sekitar negeri ini.
Kehadiran lebih 30 anggota dan pegawai JAIPk yang turut disertai 20 pelajar dari lima institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/ IPTS) sekitar negeri ini pada jam 12 tengah malam kelmarin mengejutkan hampir semua pengunjung sebuah kelab yang terletak di tengah-tengah bandaraya berkenaan.

Menurut Ayu, pada awalnya dia berasa tidak selesa ketika serbuan dijalankan kerana kehadirannya ketika itu untuk melihat suaminya yang bekerja sebagai pemain muzik di kelab dangdut berkenaan.


“Saya akui pendekatan JAIPk bersama pelajar muda ini amat bagus kerana selain mampu menyampaikan dakwah, ia juga mengingatkan mereka supaya tidak terlalu terpesong dari ajaran Islam.

PEGAWAI JAIPk (dua dari kiri) menyampaikan dakwah di pusat dangdut.

No comments:

Post a Comment

Member BSK