Menjelang
tarikh tutup pencalonan untuk pucuk pimpinan PAS malam ini, Ketua
Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dikatakan mendapat pencalonan
terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
"Tidak syak
lagi saya rasa, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan
berdasarkan maklumat yang saya dapat," kata seorang pemimpin kanan PAS
yang enggan namanya disiarkan.
Semua
pencalonan untuk pemilihan PAS tahun ini akan ditutup jam 12 malam ini
sebelum ditentukan pencalonan untuk setiap calon, kata Pengerusi
jawatankuasa Pemilihan PAS, Haji Asmuni Awi.
"Kita akan
mula buka semua kertas pencalonan dari kawasan dan dewan-dewan malam ini
sebelum tarikh tutupnya pada jam 12 malam ini dan esok saya akan
membuat sidang media mengenainya," kata Asmuni kepada The Malaysian
Insider.
Menurut
Asmuni, seorang peguam, semua kertas pencalonan perlu sampai ke Pejabat
Agung PAS, Jalan Raja Laut menjelang jam 12 malam ini secara pos atau
melalui serahan tangan.
Penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan akan merpertahankan jawatan itu.
Tuan Ibrahim
pula dalam wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berkata, beliau
akan melihat jumlah pencalonannya dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan.
Sehingga
kini, empat nama yang disebut mendapat pencalonan utama dari
kawasan-kawasan untuk jawatan ini. Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu,
turut mendapat pencalonan adalah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohamad
Amar Nik Abdullah.
Sejak dua
pemilihan lalu, mana-mana kumpulan yang mempunyai dua calon akan kalah.
Pada pemilihan tahun 2009, Husam Musa dan Mohamad Sabu (yang bukan
ulama) kalah di tangan Nasharudin Mat Isa.
Dalam pemilihan 2011 pula, Tuan Ibrahim dan Nasharudin (kedua-duanya dikira kumpulan ulama) pula kalah di tangan Mohamad Sabu.
No comments:
Post a Comment