IPOH: Sejumlah lebih 500 penduduk di lima kampung di Daerah Manjung
dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir selepas kawasan penempatan
mereka dinaiki air berikutan hujan sejak tengah hari.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff
berkata kesemua mangsa adalah dari Kampung Pantai Tin, Taman Pantai
Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.
"Seramai 530 daripada 17 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan
Sungai Batu manakala 56 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Tebuk
Yan," katanya.
Sehingga 7 malam tadi, air berada pada paras 1.25 meter berikutan hujan
Sehingga 7 malam tadi, air berada pada paras 1.25 meter berikutan hujan
yang masih berterusan.
Katanya, selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca banjir.
Beliau berkata, kerjasama bersepadu digerakkan agensi kerajaan terbabit bagi memudahkan penyelarasan dan bantuan kepada mangsa banjir.
Beliau berkata, kerjasama bersepadu digerakkan agensi kerajaan terbabit bagi memudahkan penyelarasan dan bantuan kepada mangsa banjir.
No comments:
Post a Comment