Jumlah Pengunjung

Wednesday, 16 October 2013

ANWAR TENDANG PUNGGONG MENTERI BESAR SELANGOR ???



Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kelemahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan wang kerajaan negeri, hanya menunjukkan kelemahan besar parti itu menerajui negeri tersebut.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, masalah kedua-dua mereka yang disifatkannya seperti bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru jelas menunjukkan pergolakan dalaman PKR, bahkan boleh merugikan rakyat Selangor.

"Kita sedia maklum antara mereka tiada persefahaman dan saya yakin ada pihak dalaman PKR sendiri yang cuba mengambil kesempatan menghangatkan lagi suasana dengan menjadi batu api.

"Situasi ini jika kekal berlaku akan menjejaskan ekonomi Selangor, mungkin tiga atau empat tahun akan datang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Anwar terhadap Abdul Khalid yang dikatakan gagal menguruskan wang kerajaan negeri dengan baik dalam Forum Laporan Ketua Audit Negara Jumaat lalu.

Anwar meminta Abdul Khalid tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan diperoleh tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.

Menurut Anuar, tindakan Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan PKR Selangor yang memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu juga dilihat tidak jujur.

"Pujian ini sebenarnya atas dasar kepentingan politik bagi menambat hati kaum Cina sahaja," ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan krisis tersebut sebagai sandiwara politik Anwar semata-mata.

"Pada saya, pujian kepada Guan Eng hanyalah untuk menyambung 'nyawa' agenda politik Anwar yang sudah sedia maklum bergantung pada DAP," katanya.







1 comment:

Member BSK