Pas akan ditolak pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah pada 4 November ini
memandangkan orang Melayu di kawasan itu semakin menjauhi parti
tersebut.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali berkata, perjuangan Islam Pas kini juga semakin hancur selepas
dilihat terus berdolak-dalik dalam banyak isu khususnya melibatkan
kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera.
Tambah beliau, Pas kini sudah menjadi 'terompah' DAP yang jelas
dilihat mengejar habuan dunia semata-mata menggunakan Islam sebagai
perkakas menyebabkan orang Melayu semakin menjauhi parti tersebut.
"Faktor kedua Pas akan kalah kerana pengundi luar tidak akan pulang
mengundi memandangkan tidak memberi apa-apa makna jika mereka berbuat
demikian.
"Jika mereka balik mengundi Pas dan Pas menang, tidak ada apa-apa
untung kerana apa keputusan sekalipun tidak mengubah kerajaan negeri
yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan kawasan itu akan kekal mundur,"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai
diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya yang juga Bekas Menteri
Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung serta
jangkitan kencing manis.
No comments:
Post a Comment