Aktor berpengalaman, Soffi Jikan menyatakan dia sudah muak dengan perkembangan industri seni tempatan.
Menurutnya, ketika ini, tiada sebarang jaminan masa depan terhadap
semua penggiat industri seni termasuk pelakon dan mereka yang bekerja di
belakang tabir.
Tambah mengejutkan, dia juga berkata ingin berhenti berlakon dan mahu memberi fokus kepada bidang penerbitan pula.
"Saya memang hendak berhenti berlakon tetapi mungkin berhenti secara
seni sahaja. Sebaliknya, saya berlakon bukan kerana jiwa, tetapi duit,"
jelasnya.
Tambahnya, melalui syarikat produksi yang baru ditubuhkannya Iman
Filem Sdn Bhd., dia akan memilih penerbit yang betul-betul mampu menjaga
kebajikan pekerja.
"Mungkin selepas ini saya hanya akan berlakon dalam filem yang diterbitkan oleh syarikat saya sahaja," jelasnya.
SOFFI JIKAN... Melontarkan kebimbangan mengenai nasib penggiat industri seni tanah air.
No comments:
Post a Comment