Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta
memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan
(ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851
perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) parti itu pada 29 September lalu.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil
Ibrahim berkata, selain Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga perlu
membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak
pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
* Lim Guan Eng dan Karpal Singh perlu jelaskan kepada semua pihak termasuk ROS dan SPR tentang 851 perwakilan yang missing in action pada Kongres Khas parti itu, 29 September lalu.
* Kesemua perwakilan itu yang mewakili 33 peratus daripada jumlah
keseluruhan 2,576 perwakilan layak hadir dan mengundi tetapi 'hilang'
semasa kongres tersebut.
* Pada pemilihan tahun lalu, seramai 753 perwakilan tidak hadir dan
kali ini jumlah mereka meningkat kepada 851 orang. Apakah mereka ini
merupakan mangsa-mangsa politik Lim Guan Eng? Ini merupakan rekod dunia.
Di manakah hak mereka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah dunia
politik keadaan sedemikian.
* Sehubungan itu, KITA ingin memberitahu bahawa 851 orang perwakilan
itu perlu tuntut hak mereka seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan DAP iaitu mereka boleh membuat aduan kepada ROS dan
pertubuhan itu wajib melayan dan menyiasat aduan tersebut sebab hak
mereka telah dinafikan dan dizalimi oleh pemimpin parti mereka.
* KITA percaya sekiranya kesemua 851 perwakilan itu hadir pada
pemilihan tersebut, ia akan merubah keseluruhan keputusan pemilihan CEC
sehingga memungkinkan kedudukan Guan Eng akan jatuh ke tangga ke-23
berbanding kelima.
* Sebagai rakyat Malaysia, saya melihat perkara ini sebab ia
membabitkan 38 ahli Parlimen daripada parti itu sekali gus memalukan
negara kerana negara luar sentiasa memerhati setiap pemilihan parti
politik negara ini.
No comments:
Post a Comment