Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur
permohonan maafnya kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul
Razak atas kenyataannya yang didakwa Pas menghina bekas menteri besar
Kedah itu, diterima baik oleh keluarga Azizan.
Muhyiddin berkata, anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie, telah menghantar
maklumat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi ini
bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat
oleh beliau semalam.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Mukhriz telah
memaklumkan kepadanya atas penerimaan maklumat tersebut melalui Khidmat
Pesanan Ringkas(SMS) daripada Mohd Rafi'ie pagi ini.
"Saya syukur kerana teks yang dikemukakan anakanda beliau (Azizan)
menyatakan keluarganya telah terima mohon maaf saya," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina
kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Pusat Operasi BN di
Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.
Muhyiddin berharap isu itu dianggap selesai dan tidak lagi akan dibangkitkan.
Isnin lepas, Pas termasuk Dewan Pemudanya mendesak supaya Muhyiddin
menarik balik kenyataannya yang didakwa mereka mengaitkan isu pemansuhan
subsidi gula dengan penyakit kencing manis Azizan yang dididakwa telah
menyinggung dan mengguris hati keluarga bekas menteri besar Kedah itu.
Berikutan itu, Muhyiddin semalam membuat permohonan maaf semasa
lawatannya di Bukit Choras, namun menafikan kenyataannya mempunyai unsur
penghinaan dan bertegas ianya diputar belitkan, selain meminta pihak
yang membuat tuduhan menyemak semula rakaman ucapannya di SMK Sungai
Limau, Sabtu lalu. - Bernama
Pstt... Alhamdulillah kerana pemimpin UMNO sentiasa tidak bongkak kepada ALLAH taala bila tersedar melakukan kesilapan... Pemimpin PAS pula bagaimana ? Bila buat salah pada rakyat ada buat kenyataan maaf secara terbuka dengan ikhlas atau tidak ? Di situ rakyat malaysia boleh menilaikannya...
No comments:
Post a Comment