Telah berlangsung satu program warna warni belia Malaysia peringkat
negeri perak di Festival Belia Perak 2015 di pentas utama karnival. Pertandingan
telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah tamat pada pukul 12.30 tengahari. Menurut penyelaras program tersebut Mohd
Rozidi Bin Abdul Kadir, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta
yang benar-benar berbakat untuk di pilih mewakili negeri Perak membuat
persembahan di perkampungan warna warni Belia Malaysia di Festival Belia Putrajaya yang akan
berlangsung pada 21 Mei 2015 hingga 24 Mei 2015 di Putrajaya akan datang.
Sememangnya peluang ini kami bukakan khas untuk seluruh
belia negeri perak agar bakat-bakat terpendam mereka selama ini dapat kami
tonjolkan di peringkat pusat. Kami tahu banyak bakat anak muda negeri Perak
yang terpendam selama ini di biarkan begitu sahaja tanpa mendapat pendedahan di
peringkat yang lebih tinggi. Adalah menjadi harapan kami pada masa akan datang
agar lebih ramai lagi anak muda dapat mempamirkan bakat mereka kepada kami.
Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran KSU belia dan Sukan Malaysia Dato Jamil.
Dibawah merupakan keputusan yang telah diumumkan oleh pihak
juri.
TARIAN
Tempat Pertama
(PERSATUAN SENI BUDAYA DATO’ HJ MOHAMAD TAIB)
Tempat Kedua
(KUMPULAN WARISAN JELAPANG JAYA)
Tempat Ketiga (KELAB
KEBUDAYAAN SMK BERCHAM)
NYANYIAN LAGU PUSISI
Tempat Pertama
(SENANDUNG SUARA LAYAR)
Tempat Kedua (SENIMAN ANAK PERAK)
Tempat Ketiga (EDA
FAZILAH)
No comments:
Post a Comment