Jumlah Pengunjung

Showing posts with label majlis belia malaysia. Show all posts
Showing posts with label majlis belia malaysia. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

KEPUTUSAN WARNA WARNI BELIA PERAK BUKA MATA PEMUZIK FROFESIONAL !!!



Telah berlangsung satu program warna warni belia Malaysia peringkat negeri perak di Festival Belia Perak 2015 di pentas utama karnival. Pertandingan telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah tamat pada pukul 12.30 tengahari.  Menurut penyelaras program tersebut Mohd Rozidi Bin Abdul Kadir, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta yang benar-benar berbakat untuk di pilih mewakili negeri Perak membuat persembahan di perkampungan warna warni Belia Malaysia  di Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 21 Mei 2015 hingga 24 Mei 2015 di Putrajaya akan datang.



Sememangnya peluang ini kami bukakan khas untuk seluruh belia negeri perak agar bakat-bakat terpendam mereka selama ini dapat kami tonjolkan di peringkat pusat. Kami tahu banyak bakat anak muda negeri Perak yang terpendam selama ini di biarkan begitu sahaja tanpa mendapat pendedahan di peringkat yang lebih tinggi. Adalah menjadi harapan kami pada masa akan datang agar lebih ramai lagi anak muda dapat mempamirkan bakat mereka kepada kami.

Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran KSU belia dan Sukan Malaysia Dato Jamil.

Dibawah merupakan keputusan yang telah diumumkan oleh pihak juri.
TARIAN

Tempat Pertama  (PERSATUAN SENI BUDAYA DATO’ HJ MOHAMAD TAIB)
Tempat Kedua   (KUMPULAN WARISAN JELAPANG JAYA)
Tempat Ketiga  (KELAB KEBUDAYAAN SMK BERCHAM)

NYANYIAN LAGU PUSISI
Tempat Pertama  (SENANDUNG SUARA LAYAR)
Tempat Kedua   (SENIMAN ANAK PERAK)

Tempat Ketiga  (EDA FAZILAH)





























Wednesday, 13 March 2013

Buat Maksiat Dalam Gelanggang FUTSAL ???

1-Copy


AYER KEROH – Di Gelanggang Futsal 1Malaysia Taman Tasek Utama telah diadakan Program Futsal Mesra Belia dan Ekspresi Anak Muda DUN Ayer Keroh semalam.
Program ini telah berjaya mengumpulkan 24 buah pasukan futsal yang telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Perlawanan yang dijalankan secara liga ini dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil dan dimulakan jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang.
Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Saudara Razak Abu Hassan telah hadir merasmikan program yang khusus untuk anak muda ini.
Turut sama hadir, Saudara Salleh Daud, Ketua Penduduk Taman Tasek Utama; Saudara Parasuraman, Naib Pengerusi KRT Taman tasek Utama dan Saudara Syed Mohamad Zulhemi Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Melihatkan sokongan yang baik dari golongan muda kepada program futsal pada hari itu, Razak berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selain dapat mengelakkan anak muda dari melakukan dan terjebak ke arah (BACA SETERUSNYA)



KERAJAAN Zalim Pada BELIA ???



Sebanyak 2,600 golongan muda berumur 21 tahun ke atas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan di sini hari ini.
Majlis penyerahan BR1M itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Shabudin berkata, golongan muda yang menerima BR1M 2.0 untuk DUN Permatang Berangan adalah yang paling ramai berbanding kawasan lain.
"Kita terpaksa buat dua sesi iaitu 1,300 orang untuk terima BR1M pada sebelah pagi dan bakinya diberikan pada sebelah petang bagi memastikan perjalanan pemberian bantuan ini berjalan dengan lancar.

"Pemberian ini juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuklah generasi muda yang berumur 21 tahun ke atas dan yang masih belum berkahwin," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis itu di Kompleks Komersial Tasek Gelugor di sini hari ini.

Menurut Shabudin, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mendekati golongan itu melalui beberapa saluran termasuk bantuan keusahawanan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

"Sekarang ini orang muda yang ingin terlibat dalam perniagaan sama ada berniaga burger, atau bundle sekalipun tidak perlu bimbang kerana kita sediakan platform keusahawanan dengan pemberian pinjaman TEKUN kepada mereka yang berminat.

"Di DUN Permatang Berangan sendiri, kita kenal pasti lebih daripada 70 peratus permohonan terlibat dalam bidang keusahawanan terdiri daripada mereka yang berumur 37 tahun ke bawah," jelasnya.

Tambah beliau, peratusan itu menunjukkan gerakan keusahawanan dalam kalangan generasi muda di kawasan itu semakin berkembang dan pihaknya sangat menggalakkan budaya tersebut.

Dalam pada itu, Shabudin berkata, bantuan juga diberikan kepada masyarakat yang kesempitan hidup dan tidak mampu bekerja kerana sakit atau mengalami kecacatan fizikal kekal.

"Bagi golongan yang mempunyai masalah kesempitan hidup kita ada peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lebih daripada 600 orang sudah menerima bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan dan peralatan.

"Kita juga mendapat peruntukan daripada Zakat Pulau Pinang dan sebab itu saya minta sesiapa yang mempunyai masalah supaya tampil beritahu kita, jangan diam sahaja kerana kalau kita tidak dapat maklumat, macam mana kita nak membantu," katanya.


Tuesday, 5 February 2013

Pertubuhan BELIA Anda Akan Di Bubarkan !!!


Awas...  hati2 pada pertubuhan belia yg berlakon je mcm aktif tapi hampeh.. Aku dh lama perasan pertubuhan mcm gampang ni, buat busuk nama kerajaan je, di sebabkan org cilake mcm ni la membuatkan belia marah pada kerajaan. Kerajaan sudah sedaya upaya memberi yang terbaik untuk Belia malaysia, tapi di sebabkan segelintir yg gila kuasa ni la yg membuatkan nama pertubuhan tersebut BUSUK...  Aku puji pada BELIA 4B KUALA PARI (IPOH) mereka sentiasa aktif walaupon di pinggirkan oleh orang gila kuasa, mereka tetap bergerak walau dalam apa jua program, pengerusinya sentiasa mencari aktiviti yg sihat utk ahli dan sentiasa memikirkan bagaimana utk memajukan Belia di Kg Kuala Pari. Jadi AWAS kepada pertubuhan yg mcm gampang (tak pernah aktif) pertubuhan anda akan di bubarkan...

baca selanjutnya di bawah...


Sebanyak 80 peratus atau 3,796 daripada lebih 4,000 pertubuhan belia tunggal di negara ini berpotensi untuk digantung atau dibatalkan kerana tidak aktif, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, mereka yang tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan belia yang lebih kukuh misalnya di bawah Majlis Belia Malaysia, turut gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Menurutnya, kebanyakan pertubuhan itu berkemungkinan ditubuhkan kerana ingin mengikut trend tanpa matlamat tertentu atau berharap untuk mendapat peruntukan secara automatik.

"Sebab itu kita rasa persatuan belia ini mesti mengemaskinikan kaedah-kaedah mereka secara inovatif dan dalam masa yang sama mereka juga mesti mengembangkan bukan sahaja nama mereka tetapi penjenamaan nama mereka mesti dibesarkan dan dikemaskini tujuannya (penubuhan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, antara faktor yang menentukan kejayaan penubuhan sesuatu pertubuhan itu ialah pentadbiran, kepimpinan, wawasan, perancangan, pembahagian tugas, peruntukan kewangan, sokongan masyarakat dan semangat kesukarelawan.

Beliau menyerahkan cek bantuan pentadbiran bernilai RM10.1 juta kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bagi tahun ini.

Daripada jumlah itu, enam badan beruniform yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia buat kali pertama mendapat peruntukan daripada kementerian dengan jumlah keseluruhan RM180,000.

Peruntukan diberikan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti dengan lebih proaktif untuk membentuk belia Malaysia agar lebih berdaya saing.




Thursday, 31 January 2013

Majlis Syura PAS Ikut Arahan Anwar Ibrahim !!!



Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan pemecatan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya kelmarin menimbulkan misteri dan pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab.
Antara persoalannya ialah punca pemecatan itu berlaku sama ada disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Bachok berkenaan hadir ke mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas atau ekoran tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.
Malah sumber berkata, tidak mustahil berita pemecatan yang diumumkan sejurus selepas kepulangan Nasharudin mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Gaza bertujuan mengalihkan isu kalimah Allah yang sebelum ini menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
“Lebih menimbulkan persoalan selain berita pemecatan itu lewat diumumkan iaitu selepas dua minggu keputusan dibuat (13 Januari), surat mengenai pemecatan ini juga sehingga kini masih belum diterima oleh Nasharudin," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan sumber itu berkata, jika alasan tidak hadir mesyuarat digunakan untuk memecat Nasharudin, mengapa salah seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga sering tidak hadir mesyuarat tidak dikenakan tindakan sama.
“Sepatutnya Daud Iraqi juga wajar dipecat kerana sering tidak hadir dalam mesyuarat. Bagaimana pula tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar mesyuarat awal dengan pelbagai alasan. Paling lama sepuluh ke 15 minit. Adakah ini dibolehkan?" ujar sumber itu.
Sumber itu berkata lagi, tidak keterlaluan juga tindakan yang sama wajar dikenakan terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang sering tidak hadir ke mesyuarat.
Berhubung kegagalan Pas menyerahkan surat pemecatan kepada Nasharudin sumber itu memberitahu, keadaan itu sememangnya menimbulkan misteri dan persoalan kerana keputusan pemecatan itu telah berlaku pada 13 Januari lalu.
“Di mana keberkesanan pentadbiran Majlis Syura Ulama Pas dan Setiausaha Agung Pas menguruskan perkara ini. Satu lagi persoalan adakah benar keputusan memecat Nasharudin itu telah dibuat pada 13 Januari lalu.
“Atau kemungkinan juga pemecatan itu dibuat selepas pemimpin-pemimpin Pas melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini. Segala-galanya mungkin," katanya lagi.
Satu lagi perkara yang boleh dipertikaikan kata sumber itu, Pas tidak mengikut tata cara pemecatan yang betul kerana Nasharudin sebelum dipecat tidak diberi surat tunjuk sebab dan haknya untuk membela diri.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, sekiranya tindakan Nasharudin mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.
“Dua pemimpin ini merupakan Ahli Parlimen Pas. Mereka dikatakan telah mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah. Sekiranya Nasharudin dikatakan bersalah kerana mengiringi Perdana Menteri, dua pemimpin kanan ini juga boleh dikenakan tindakan atas alasan yang sama," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, kata sumber itu, Nasharudin bukan sekali dua diberi peluang untuk mengiringi pemimpin utama kerajaan ke luar negara bahkan beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi wakil Malaysia.
“Pernah satu ketika iaitu pada tahun 2011 Nasharudin telah diberi kepercayaan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mewakilinya dalam persidangan Speaker negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Damsyik meskipun Nasharudin seorang Ahli Parlimen Pas," katanya lagi.
Sementara itu Nasharudin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan bahawa beliau belum menerima surat pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas setakat hari ini.
“Saya masih menanti surat itu, sepatutnya saya sudah menerimanya kalau betul keputusan pemecatan dilakukan pada 13 Januari lalu," katanya.





Saturday, 19 January 2013

JAIS berangan nak jadi wakil rakyat !!!




Benarkah JAIS ada hantar resume kat PM dan nyatakan beliau nak jadi Calon PRU13 dan sebagai Presiden GPMS beliau Wajib jadi Calon...????hahhahahahaha

Kelakar lah, aku nak tanya, JAIS hantar resume atas perjanjian dengan Irmohizam ke?
Irmo ada janjikan wakil rakyat dengan syarat JAIS lawan Maliki?Sebelum pergi jauh, kepada JAIS sedar lah,Irmo tu nothing..xda kuasa apa pun..siapa dia nak arahkan Najib calonkan ko jadi Wakil Rakyat?

Apa teruk sangat kemaruk JAIS ni?

Yang tak tahan tu,misi dan visi JAIS Calon Presiden MBM ni ialah nak jadikan MBM lebih garang dan lantang dalam membawa suara belia? hello beb..GPMS apa Cite? aku rasa semenjak JAIS menang Presiden, GPMS makin kelam jew..yang ada pertandingan Bowling je baru-baru ni..
setakat pertandingan Bowling,Kelab sukan sekolah menengah pun boleh Anjur..

isu Rumah Belia -Harap sangat sebelum perwakilan mengundi JAIS dapat jelaskan apa status Projek Perumahan Belia bernilai hampir 1Bilion tu ?Berjaya?berapa unit rumah dah siap?atau sekadar Gajah Putih?

Apa pun aku tak menghalang JAIS nak lawan Maliki,sebab ini amalan biasa dan bukti dalam MBM demokrasinya masih subur..siapa sahaja berhak bertanding asalkan benar-benar layak dan mampu membawa  MBM lebih baik dari yang ada sekarang nie.Bukan sebab Dendam atau deal-deal tertentu yang menguntungkan individu berkepentingan,dan jika ini berlaku maka, runtuhlah sebuah oraganisasi besar untuk belia di negara ini..

MBM Bukan platform golongan Elit Koporat dan Keparat!!


JAIS terdesak lakukan provokasi dalam pemilihan majlis belia !!!


Amat memalukan apabila JAIS terdesak untuk menarik undi dalam pemilihan PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA. Berbagai risalah telah jais edarkan didalam majlis persidangan sebentar tadi. Ternyata cara begini adalah salah didalam pemilihan, terdesak hingga sanggup memburukkan organisasi sendiri di dalam risalah tersebut dan menfitnah kelemahan MAJLIS BELIA MALAYSIA. Beginikah contoh pemimpin yang harus di pilih untuk menjadi PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA. Kerana sedar akan kalah dalam pertandingan pemilihan PRESIDEN ini, jais sangat terdesak dan sanggup menggunakan taktik kotor untuk marayu undi di saat akhir. 
salah satu ayat banner dari JAIS  

" JAIS MUNGKIN TAK MAMPU MEMBUAT BEBERAPA PERKARA UNTUK DIRI DAN KELUARGA TETAPI BELIAU AKAN MELAKUKAN APA SAHAJA UNTUK BELIA MALAYSIA"

Ni ayat apa ni...  kalau untuk diri dan keluarga pon tak mampu apa cerita mamat ni nak pimpin MAJLIS BELIA MALAYSIA...

Kemudian ayat dari JAIS " VOTE FOR CHANGE "
Setahu aku ini adalah ayat dari parti DAP...  adakah corak pemerintahan DAP yang akan JAIS terapkan dalam MAJLIS BELIA MALAYSIA ?

Apa pon risalah yang mereka edarkan, perwakilan harus bijak memilih kepimpinan yang sentiasa menjamin masa depan belia malaysia, demi untuk mencapai wawasan 2020. 

Dibawah ini adalah bukti tentang risalah yang JAIS sebarkan melalui timbalan GPMS " EZARUDDIN ABD RAHMAN. 0132800696




MEREKA BERANI MENJUAL NAMA PEJABAT PERDANA MENTERI !!!


Apabila orang UMNO dan Rakyat Malaysia memutuskan enough is enough
kepada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, salah satu isu besar ketika
 itu ialah sikap tamak kuasa, bangga diri dan menggunakan segala pengaruh
 pejabat PM oleh para pegawai Abdullah.

Para pegawai Abdullah seperti Zaki Zahid, Khairy Jamaluddin, Mustapha
 Omar Ong berleluasa dalam parti politik, badan bukan kerajaan dan
 syarikat berkaitan kerajaan.

Selepas 3 tahun pentadbiran Najib Tun Razak sedang mengulangi kesilapan
 yang sama.

Tanda-tanda tersebut sudah jelas apabila ketiga-tiga Setiausaha Politik
Perdana Menteri sibuk menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan
 raya akan datang. Ini termasuklah seorang Setiausaha Politik yang mahu
mengambil alih kawasan MCA di Wilayah Persekutuan.

Namun yang lebih serius ketika ini ialah tindak tanduk tiga orang pegawai
 muda pejabat Perdana Menteri seperti Datuk Irhomhizam Ibrahim,
Dato Mazri Muhammad dan Dato Prof Khairil Anas mahu menguasai
 pentas-pentas NGO termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM).





Mereka ini digelar "Three Stooges" Pejabat Perdana Menteri kerana
 tindak-tanduk membodohkan diri yang sering mereka lakukan. Misalnya,
 Apakah pencapaian Khairil Anas anak muda yang menjadi kesayangan
PM ini sehinggakan melayakkan beliau menggunakan gelaran Profesor?
Universiti mana yang memberi beliau jawatan Profesor dan atas kelayakan apa?
 Berapa banyak buku beliau diterbitkan, berapa banyak kertas seminar
 beliau diterbitkan?

3 Pelawak ini bergerak melalui Global Moderates of Movement Foundation
 (lihat sini).

Tahun ini melalui dana ini mereka berazam mahu merampas Majlis Belia Malaysia
 (MBM) dariapada pemimpin belia sebenar. Kumpulan ini mempergunakan
Jais Abdul Karim untuk menentang Presiden MBM sedia ada.

Manakala Irmohizam akan bertanding sebagai Timbalan Presiden MBM.
Dengan melakukan "tag-team" dengan Jais, Irmohizam berharap beliau akan
mencapai kompromi saat akhir. Beliau akan menawarkan kepada Presiden
 MBM sekarang ini, Maliki agar meminta calon Timbalan Presiden lain menarik
 diri supaya beliau boleh menang tanpa bertanding. Sebagai balasan Irmohizam
 akan meminta Jais menarik diri dari pertandingan Presiden MBM dan
 membolehkan Maliki menang tanpa bertanding.

Tujuan Irmohizam bukanlah memenangkan Jais. Beliau hanya menggunakan
 Jais sebagai bidak untuk beliau membuat "bargain" dengan Maliki dan
saf Majlis Belia Malaysia yang lain.

Yang menimbulkan kemarahan ramai pemimpin belia ialah tindak-tanduk Irmohizam,
Khairil Anas dan Mazri Muhammad menggunakan nama pejabat
 Perdana Menteri untuk mempengaruhi perwakilan MBM.

Pada pemilihan lalu kumpulan ini telah cuba menghuru-harakan MBM melalui
calon payung terjun saat terakhir. Namun ADUN ini yang merasakan diri
beliau dipergunakan oleh 3 pelawak ini telah menarik diri di saat-saat akhir.

Apakah the Three Stooges pejabat PM ini akan menghuru-harakan persatuan
 belia seperti MBM? Kita tunggu sabtu ini. Sementara itu, sekiranya kumpulan
 ini masih lagi berkempen menggunakan nama pejabat PM, blog ini akan
mendedahkan lebih banyak isu membabitkan 3 manusia tidak berguna ihi.



“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “



SIAPA PALING LAYAK UNTUK MAJLIS BELIA MALAYSIA!!!


Seluruh saf kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
 (GPMS) terkejut apabila Presiden mereka dengan tiba-tiba 
berkempen ke seluruh negara mahu mencabar Presiden Majlis 
Belia Malaysia (MBM), sedia ada, Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee. 

 Mereka terkejut kerana GPMS sebelum ini telah membuat 
ketetapan hanya untuk mencalonkan salah seorang wakil pertubuhan
 tersebut sebagai Naib Presiden MBM bagi pemilihan kali ini? 

 Seorang aktivis GPMS bukan sahaja mempersoalkan tindakan Jais 
membelakangi keputusan Majlis GPMS malah mempersoalkan 
sumbangan Jais kepada GPMS selama beliau menjadi Presiden GPMS? 

 GPMS seperti hidup segan mati tidak mahu di bawah Jais Karim 
berbanding presiden-presiden sebelum ini. Namun ahli GPMS tidak 
seharusnya terlalu marahkan Jais kerana beliau telah ditipu oleh 
Three Stooges dari pejabat Perdana Menteri. 

Three Stooges ini menipu Jais seperti mana mereka menipu
 YB Noorol Azali Sulaiman pada pemilihan lalu. Noorol dan, sekarang, 
Jais ditipu kononnya mereka diminta bertanding oleh Perdana Menteri. 

Hakikatnya Perdana Menteri tidak pernah mengambil bahagian dalam 
pemilihan MBM kerana beliau percaya kepada kebebasan pertubuhan belia.

Oleh kerana dalam pemilihan lalu, pelawak-pelawak ini gagal
 mempengaruhi perwakilan mereka mencuba lagi kali ini. Kali ini 
mereka diketuai oleh "penipu terkemuka"
 bergelar Datuk Irmohizam Ibrahim J.P. 

Selaku Naib Presiden MBM yang juga merupakan Pegawai Khas
 Perdana Menteri yang bercakap maka tentulah ramai perwakilan 
akan percaya bahawa kumpulan ini direstui oleh Perdana Menteri.

Irmohizam merayu-rayu untuk menjadi pegawai khas Perdana Menteri 
kononnya sebagai wakil belia di dalam pejabat PM beliau boleh 
menjadi jambatan antara Majlis Belia Malaysia dengan Pejabat 
Perdana Menteri. Malangnya, pabila diberi jawatan beliau bukannya 
bekerja untuk Perdana Menteri tetapi beliau bekerja untuk diri sendiri.

Tidak cukup itu bagi memastikan diri beliau mempunyai landasan 
kukuh untuk bertanding kali ini, Irmohizam telah meminta Datuk 
Faizal Abdullah menyerahkan Majlis Belia Selangor kepadanya.
 Alasannya, sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri beliau boleh 
menggerakkan MBS dengan lebih baik dan berkesan.

Faizal Abdullah yang cakap pandai dan "boleh meruntuhkan gunung"
 pun terpaksa menentang arus daripada pemimpin belia Selangor 
sedia ada seperti Badrulhisham dan Budiman Mohd Zuhdi. 
Faizal mengepikan calon-calon pemimpin belia yang telah terbukti
 bekerja keras memaukan belia Selangor dan memberi laluan kepada
 Irmohizam kerana takut beliau akan mendapat nama buruk
 di pejabat Perdana Menteri.

Semua orang tahu perangai tiga ekor Three Stooges ini yang selalu
 memberi maklumat yang salah kepada Perdana Menteri jika mereka
 mahu menjatuhkan orang politik yang tidak mendengar pandangan mereka.

pssssssssssssssssssss: Tunggu pendedahan yang lebih panas menjelang 
perhimpunan MBM hujung minggu ini. Duit, duit, di mana engkau duit!




“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “

Member BSK