Jumlah Pengunjung

Friday, 24 July 2015

COUPLE SEAT.. GILIRAN PAS PERAK BABIKAN PERMINTAAN DAP PERAK !!!




PAS Perak memalukan DAP dengan menolak gesaan parti itu agar larangan pasangan kekasih menonton wayang di pawagam menggunakan kerusi berkembar dibatalkan dan ditarik balik.
 
Bagi PAS negeri arahan pihak berkuasa itu dalam isu ini releven serta tujuannya tidak lain bagi membendung gejala sosial dan membendung maksiat dikalangan umat lslam.

Dengan itu keengganan PAS negeri itu ia dilihat satu tempelak kepada DAP Perak yang merasakan mereka masih boleh mengarah atau memaksa PAS negeri itu ikut telunjuk macam zaman dahulu-dahulu.

Keberanian PAS negeri  dilihat lebih-lebih lagi sejak DAP memutuskan hubungan dengan PAS dan mengistiharkan Pakatan Rakyat, dimana PAS sebagai stakeholder, berkubur.

Peristiwa terbaru ini, dalam  kancah hubungan DAP dan PAS bukan saja menjadi bualan paling panas di negeri ini malah menjadikan DAP bahan ketawa dikalangan umat lslam.

Yang pasti DAP sudah tidak ada taring di Perak dalam isu-isu agama seperti berlaku dalam isu larangan pasangan lslam bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang di pawagam.

Tak salah jika umum mengira dalam isu membabitkan agama seperti hudud sebagai satu contoh, sejak PAS berpecah dengan DAP, umat lslam di Perak bersatu hati memperjuangkannya.

Perlu juga disebut Pemuda PAS negeri juga menyokong pihak berwajib yang melarang “muslim couple” menggunakan kerusi berkembar ketika menonton di pawagam.

Ketuanya, Akmal Kamaruddin memuji tindakan sebuah pawagam di Seri Iskandar yang menguatkuasakan larangan ke atas pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang.

Isu kerusi berkembar menarik perhatian apabila Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) menarik balik arahan kepada Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar yang mahukan peraturan itu dimansuhkan. Dengan itu pawagam ini dilarang  membenarkan pasangan kekasih (bukan mahram)  menggunakan  'couple seat'.

Turut memperjuangkan isu sama termasuklah  Mufti Perak, Tan Sri  Harussani Zakaria yang mendesak pihak berkuasa supaya operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam.

Untuk rekod, terdapat beberapa buah university dan IPT (termasuk swasta) seperti UTP (Universiti Technology Petronas) dan UiTM di kawasan ini. Para penuntut Melayu secara “coupling” sering menggunakan pawagam untuk “berdating”.

Hal begini menjadikan masyarakat di kawasan Perak Tengah naik bosan dan muak gelagat para remaja ini serta mahu perkara ini diberi perhatian serius. Lebih-lebih lagi ada yang bersikap tidak senonoh ketika menonton bersama-sama pasangan mereka.

Ketika mengulas lanjut, Harussani  berharapa pemberian lesen untuk premis panggung wayang juga harus dipertimbang dan diambil perhatian semua majlis perbandaran.

"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apatah lagi duduk di kerusi bersama-sama pula . . .  itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.

"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya.

Beliau berharap  pencegah maksiat  mengambil perhatian isu ini dan melihat tumpuan operasi bukan sahaja di panggung-panggung wayang malah banyak lagi lokasi berlainan.

"Pihak pencegahan maksiat perlu lihat bukan sahaja di panggung wayang, di mana-mana pun kalau mereka belum kahwin dan duduk berdua-duaan, tangkap sahajalah," katanya.

"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.

"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi,"tanyanya.

Seperti biasa sedang isu ini mendapat perhatian kaum muslim, DAP di Perak (juga di tempat lain) sering dilihat membantah isu-isu yang diperjuangkan umat lslam.

Dulu, isunya hudud dan penggunaan kalimah Allah, kini di Perak, isunya ialah isu kerusi berkembar pula.

Satu kenyataan media Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak, Chong Zhemin dilapor menggesa MDPT supaya menarik balik arahan LFS di Seri Iskandar supaya tidak membenarkan pasangan kekasih menggunakan kerusi berkembar.

Bosan barangkali dengan sikap double standard DAP Perak, PAS negeri membidas DAP kerana saranan dangkal ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata isunya ialah mengenai enforcement undang-undang.

“Ini kerana PAS Perak melihat isu itu sebagai satu tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkenaan bagi membendung gejala sosial dan kemaksiatan di kalangan umat Islam yang perlu dipatuhi menurut hukum agama.

 DAP katanya tidak sepatutnya menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai kuasa `super power’ untuk mengarahkan pihak MDPT supaya menarik balik arahan itu yang kononnya boleh menjejaskan iklim pelaburan dan kedatangan pelancong di negeri ini.

"PAS Perak tidak menyokong tindakan DAP dalam isu ini kerana ia melibatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah menurut hukum agama yang mesti dipatuhi," katanya.

Bagi Pemuda PAS Perak tindakan pihak pengurusan pawagam LFS itu amat dipuji dan diharapkan tindakan seumpama itu dapat diikuti oleh seluruh pawagam di negeri Perak.

Pihaknya menganggap tindakan melarang pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar itu merupakan satu permulaan yang amat baik kearah membendung gejala sosial dan maksiat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

"Kita mengharapkan tindakan larangan ini akan berterusan sehingga kearah `pawagam patuh syariah’ 100 peratus di mana pelaksanaannya meliputi disemua pagawam di seluruh negeri Perak," kata Akmal lagi.

Pihak media difahamkan arahan melarang couple bukan mahram kalangan muslim menggunakan couple seat dikeluarkan pada pertengahan 2014 lagi.

Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed berkata, arahan itu dikeluarkan  selepas pihak pengurusan pawagam membuat permohonan untuk membuka panggung wayang di kawasan itu.

Katanya satu kajian dan tinjauan telah dibuat oleh wakil Ahli Majlis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapatkan reaksi orang ramai, disamping meninjau beberapa pawagam sekitar Kedah dan Kelantan.
Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pihak  pawagam LFS diberi tanggungjawab  memastikan agar pelanggan mematuhi syarat yang ditetapkan.


No comments:

Post a comment

Member BSK