Sejak dari awal lagi isu melibatkan 1MDB dilihat sebagai usaha terdesak
pihak-pihak tertentu yang punya kepentingan untuk menyerang kredibiliti
dan integriti kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.
Kerana itu tumpuan lebih diarahkan kepada usaha yang dibuat oleh
kerajaan dalam mendepani masalah ini.Ringkasnya apa jua tuduhan mestilah
berdasarkan bukti bukan sekadar persepsi dan spekulasi yang diwujudkan.
Apa pun serangan demi serangan yang dilakukan terhadap 1MDB akhirnya mula memakan diri apabila seorang bekas kakitangan PetroSaudi di tangkap oleh polis negara Thailand.Serentak
dengan itu pelbagai maklumat mula muncul mendedahkan sesuatu yang amat
mengejutkan iaitu gerakan terancang anasir-anasir bangsat sama ada dari
dalam mahupun luar negara yang mahu menjahanamkan negara yang kita
cintai.
"Semasa soal siasat, Justo
mengatakan nama beberapa rakyat Malaysia yang dikatakannya meminta untuk
memanipulasikan fakta daripada maklumat yang dimuat turun daripada
sistem komunikasi PetroSaudi," seterusnya
Hakikatnya Malaysia sedang diserang dan kita sebagai rakyat seharusnya
sedar betapa kritikalnya situasi ini jika kita turut sama terpesong dan
terpukau dengan permainan licik mereka-mereka ini.
Perkembangan terkini pula amat
mengejutkan sekali apabila Justo mendedahkan harga yang sanggup di bayar
kepada beliau oleh pihak terlibat dalam usaha untuk MENJATUHKAN
KERAJAAN MALAYSIA !
The TRUTH !
Kali pertama bercakap dengan media... Warga Swiss Xavier Andre Justo -
yang kini ditahan di penjara di Thailand kerana cuba memeras ugut bekas
majikannya, PetroSaudi, mendedahkan bahawa dia dijanjikan RM7.6juta
(USD2juta) sebagai pertukaran untuk data diambilnya dari bekas
majikannya.
Dalam interbiu di penjara Thailand dengan akhbar Singapura The Straits
Times Justo bagaimanapun mendakwa beliau tidak pernah menerima bayaran
yang dijanjikan oleh ahli perniagaan terkenal dari Malaysia itu.
Justo mendakwa perjanjian itu dipersetujui di Singapura pada Februari
lalu berhubung penjualan dokumen, yang diikuti dengan perbincangan
panjang tentang bagaimana beliau akan dibayar.
Semua individu yang ditemuinya di Singapura untuk berunding penjualan
data telah dinamakan dalam pengakuan 22 muka surat Justo dibuat kepada
polis Thailand.
Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.
"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, supaya wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo.
"DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka
akaun di Abu Dhabi dalam nama peribadi saya sendiri tetapi ditolak oleh
(pembeli) kerana menggunakan nama saya di atasnya."
"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan
beliau (pembeli) menolak, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan
sekali lagi (pembeli) enggan," katanya.
Justo mendakwa pembeli tersebut "menawarkan untuk membayar saya dengan wang tunai".
Beliau berkata: "Saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu untuk
menerima sampul surat dengan beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan
mengulangi proses tersebut selama berbulan-bulan sehingga selesai dan
saya menolak. . "
Justo berkata, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.
"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti
dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya telah dengan (mereka)."
Kemudiannya Justo mendakwa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown
bersetuju untuk menerima USD2juta daripada pembeli dan menghantar
kepadanya USD250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.
"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, (kerana) saya ditahan," katanya.
Menurut The Straits Times, mereka mewawancara Justo, di sebuah pejabat
kecil di dalam penjara Bangkok, juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah
bertemu dengannya di Singapura - termasuk editor Sarawak Report- telah
'mengubah' data yang diberikan kepada mereka.
"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau.
"Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan,"
katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu
lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya.
Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan
dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan
tersebut.
Justo mendakwa bahawa orang-orang
yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba
menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga
merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".
Justo, 48, bercukur licin, kelihatan dijaga dengan baik dan tenang. Dia
berpakaian penjara berwarna biru dan seluar pendek biru gelap. Bercermin
mata membaca, dia menunjukkan The Straits Times pengakuannya, yang
ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat.
Menurutnya, pangakuan itu sukarela.
Justo berdepan hukuman sehingga tujuh tahun penjara dan denda jika
didapati bersalah memeras ugut. Beliau mengharapkan hukuman penjara
ringan memandangkan telah bekerjasama, kata peguamnya Pranot Kalanuson
kepada The Straits Times.
Jurucakap polis Thai, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, berkata pada
hari Rabu bahawa Justo mesti dibicarakan dulu di mahkamah Thailand atas
tuduhan memeras ugut sebelum dia boleh diekstradisi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Bangkok Khamis untuk cuba untuk menemubual Justo. -AgendaDaily
Pendedahan oleh Justo itu merupakan sesuatu yang cukup berbahaya kerana
ia melibatkan bukan satu atau dua individu tetapi lebih daripada itu
malah mungkin punya pasukan sokongan yang besar.Kerja-kerja sabotaj dan
usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang langsung tidak
beretika itu juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Siapa mereka ? Siapa orang hubungan dari dalam negara ? Apa tujuan dan
motif mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia ? Dari mana sumber
kewangan mereka ?
Banyak perkara kini mula berlingkar dan mencetuskan persoalan-persoalan
baru dan sesuatu yang pasti ada lebih dari satu DALANG dan BARUA yang
terlibat dalam gerakan ini !!
No comments:
Post a Comment