Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ustaz kazim elias. Show all posts
Showing posts with label ustaz kazim elias. Show all posts

Friday, 26 August 2016

LIWAT PELAJAR FITNAH JATUHKAN MARUAH USTAZ KAZIM!!!



IPOH – Pendakwah yang juga pemilik Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias, akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu pencabulan seksual yang didakwa berlaku melibatkan pelajarnya.

Tegasnya, beliau sedia menyerahkan kepada pihak berkuasa sesiapa sahaja yang terlibat, termasuk darah dagingnya sendiri, jika benar kejadian seperti dakwaan ibubapa pelajar itu.

“Kami berikrar untuk tidak berkompromi dalam apa jua, sekiranya benar insiden berkenaan berlaku.

“Kami akan menyerahkan siapa jua, sekiranya berlaku, pihak yang terlibat kepada pihak berkuasa, mengikut lunas negara, walaupun beliau adalah darah daging saya sendiri.

“Tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dan seorang warganegara Malaysia yang baik,” katanya yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Kazim, pada satu sidang media di sekolah tahfiz tersebut hari ini.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi menafikan wujud kejadian liwat seperti didakwa itu di maahad tahfiz tersebut dan melibatkan seorang bekas pelajarnya.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kejadian liwat tersebut tidak berlaku sama sekali sepertimana yang didakwa pada peringkat awalnya.

“Dan saya menegaskan bahawa, bila siasatan dalaman kita buat, tidak berlaku kes liwat. Aduan yang datang kepada saya adalah, aduan kononnya anaknya diliwat. Dan bila kita buat siasatan, tidak berlaku seperti didakwa,” jelasnya.

Pada masa sama, Ustaz Kazim menegaskan, beliau tidak pernah melakukan ugutan terhadap bapa mangsa dengan mengatakan bahawa beliau dilindungi individu dikenali.

“Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa perkataan yang didakwa konon ada ugutan daripada saya kepada bapa mangsa. Ini merupakan satu fitnah.

“Dan saya tidak pernah katakan bahawa jangan main-main dengan saya, ada orang besar di belakang saya. Ini adalah fitnah yang sangat besar yang dilontarkan kepada saya,” kata beliau lagi.

Selain itu, beliau menjelaskan, bekas pelajar yang membuat aduan berkenaan tidak pernah dibuang sekolah, sebaliknya berhenti dari maahad tahfiz berkenaan atas pilihan ibu bapanya.

“Pelajar tersebut yang kononnya diganggu, diseksa dan sebagainya, tidak pernah dibuang daripada sekolah.

“Sebaliknya, beliau berhenti daripada sekolah kami atas pilihan ibu bapanya sendiri, dan tidak langsung dia sebut dia dicabul dan sebagainya,” kata Ustaz Kazim.

Malah, tegasnya, beliau dan pihak sekolah mempunyai bukti yang kukuh bagi menyangkal tuduhan jenayah.

“Jika ada yang mengatakan bahawa anaknya dibuang selepas dicabul, ini adalah fitnah. Dan beliau berhenti atas kehendak ibu bapanya sendiri. Kami mempunyai dokumen-dokumen yang berpaksikan kepada saksi,” ujarnya. – Awani

Thursday, 5 December 2013

PAS TERKEJUT BABI BILA USTAZ KAZIM TOLAK JAWATAN MT UMNO !!!



Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias (gambar) atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan keputusannya menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria di sini, malam tadi.

Ustaz Kazim berkata, beliau akan terus memainkan peranan sebagai pendakwah bebas dan tidak berhajat meneruskan perjuangannya melalui platform politik.

"Ramai hari ini tunggu kenyataan saya berkenaan MT. Saya tak pernah minta jawatan ini, tapi tak apalah, malam ini juga saya nak umum. Saya memilih untuk tidak terima jawatan yang ditawarkan kepada saya sebagai Ahli MT UMNO," katanya.

Tambah Ustaz Kazim, adalah lebih sesuai bagi beliau bergerak secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

"Saya sebelum ini ada berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendengar penjelasan panjang lebar berhubung keperluan melantik saya jadi Ahli MT. Namun, saya mempunyai alasan tersendiri untuk bergerak secara bebas.

"Saya juga tegaskan kepada beliau bahawa saya ini adalah seperti harta awam, jadi tak elok saya dimiliki satu parti sahaja," katanya.

Sementara itu di IPOH, Kazim ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi hari ini memberitahu bahawa keputusan itu bukan dipengaruhi atau desakan pihak tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata, keputusan itu diambil kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran dan pengalaman dalam dunia politik, selain lebih selesa menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa.
''Walaupun saya menjadi ahli Pas, saya tidak pernah memegang apa-apa jawatan. Apabila ditawarkan untuk memegang jawatan sangat tinggi dalam UMNO, saya takut tidak boleh buat kerja kerana tiada pengalaman langsung dalam bidang ini,'' katanya.

Mohammad Kazim berkata, walaupun berat hati mengambil keputusan tersebut, namun perlu juga dilakukan selepas melihat komitmen besarnya terhadap sekolah dan pelajar di Al-Barakah.
''Keputusan ini muktamad walaupun merasa berat kerana penjelasan yang diberi Perdana Menteri tempoh hari sangat menarik hati.

''Oleh sebab itu, saya beritahu kepada Perdana Menteri untuk mencari ilmuan agama yang boleh menyambung niat murni beliau dan saya nampak keikhlasan serta sikapnya yang sangat terbuka,'' ujarnya.





Monday, 29 July 2013

PETUA DARI USTAZ KAZIM ELIAS UNTUK PENIAGA MAKANAN ISLAM !!!



Disini aku berikan petua dari cerita pengalaman Ustaz Kazim Elias untuk para peniaga yang beragama islam khususnya...


Salam alaik..ada seorang makcik datang mengadu perniagaan nasi lemaknya merosot selepas seorang pesaing membuka gerai nasi lemak sebelah gerainya.

Dia kata orang tak nampak kedainya..dulu boleh habis 4 tong nasi tp sekarang 1 tong pun susah habis..saya kata tak baik tuduh2 orang,rezeki masing2 ada..saya bg petua supaya membaca surah Ar Rad ayat 1 sampai 3, jadikan amalan harian dan sebelum buka perniagaan.

Beberapa bulan selepas itu dia datang lagi mengadu sekarang ni ada seorang lagi buka gerai nasi lemak menjadikan 3 buah gerai.Dia kata petua yg saya bg dulu mmg berkesan,perniagaannyakembali normal ttp sejak datang yg ketiga ni,kembali merosot,dia minta lg petua..

sy kata ambik kertas dan pen,tulis apa sy cakap...saya kata..masak nasi lemak dan lauk sedap2,itu lah petuanya..terkebil2 dia..akak masak sedap2 insyaallah orang datang selain layanan yg mesra..mmg perangai orang kita mcm tu ke,kalau seorang meniaga,maka nak juga meniaga tmpt yg sama,barang yg sama?kenapa tak pelbagaikan jenis jualan n perniagaan spy tempat perniagaan itu ada pelbagai jenis barangsn barulah ramai pengunjung..

SELAMAT MENCUBA...






Monday, 8 July 2013

LIVE CERAMAH AGAMA BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS DI MENARA ALOR STAR !!! @UstazKazim di #MenaraAlorSetar @NajibRazak @MukhrizMahathir @menarakl



Saksikan Ceramah Agama dari Ustaz Kazim Elias di kedah sekarang, anda boleh terus menyaksikannya pada video di atas atau klik di SINI WARTA RAKYAT   

Selamat menyaksikannya...








Sunday, 30 June 2013

USTAZ KAZIM ELIAS JADI MANGSA DAP PULAU PINANG !!!






BUKIT MERTAJAM 29 Jun - Pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim kesal apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan di negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan.

Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Exco agama atas alasan tidak suka kepada beliau yang dikatakan boleh menggugat kerajaan negeri.
“Sebagai Exco agama dia sepatutnya tolong saya, bantu serta bagi ruang dan bukan sekat saya berdakwah.

“Sebagai pendakwah saya sedih kerana ahli jemaah yang menjadi mangsa kepada politik sedangkan saya bukan ahli politik. Orang politik sepatutnya berbaik dengan pendakwah supaya mereka mendapat faedah, tetapi yang berlaku sebaliknya kerana yang rugi bukan saya tetapi masyarakat. Biarlah masyarakat yang menilai dan menghukum pemimpin seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah, Permatang Pauh di Simpang Tiga Kubang Ulu di Penanti dekat sini.

Muhammad Kazim yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi, Ipoh berkata, walaupun bukan semua ahli politik bersikap begitu, tetapi masih ada ahli politik kurang mahir berpolitik dan menjadikan pendakwah bebas sebagai musuh mereka.
“Sepatutnya pendakwah bebas seperti saya dibantu kerana mereka mempunyai pengikut. Membatalkan ceramah dengan arahan lisan menjejaskan dakwah dan menjadikan orang ramai kecewa dengan orang politik.

“Salah satu sebab saya mengambil keputusan berhenti berceramah kerana sudah bertahun-tahun menghadapi tekanan politik. Saya berdakwah orang politik yang ganggu, mereka buang dan bakar bunting, membakar mercun dan mengarahkan batal kuliah," katanya.

Menurutnya, bukan beliau seorang sahaja yang menghadapi tekanan politik, tetapi ramai lagi pendakwah menghadapi situasi itu membuatkan beliau mengambil keputusan berhenti ceramah pada November tahun ini.

“Arahan ahli politik supaya dibatalkan majlis pada saat-saat akhir juga menimbulkan masalah kepada jawatankuasa surau dan masjid. Penganjur juga diberikan tekanan politik supaya dibatalkan.

“Walaupun saya berhenti ceramah, tetapi saya masih meneruskan dakwah di media massa dan elektronik, menulis buku dan majalah," ujarnya.
Tambah beliau, bidang pendakwahan sangat luas dan bukannya berceramah dalam Forum Perdana sahaja.
Menurut Muhammad Kazim, tidak seperti Pulau Pinang, beberapa negeri lain mengamalkan sikap terbuka kepada pendakwah sepertinya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli politik supaya bersikap profesional dan jangan anti kepada pendakwah bebas dan program ceramah agama.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim ketika dihubungi menafikan beliau mengarahkan Forum Perdana itu dibatalkan.

Abdul Malik berkata, selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap agama Islam di negeri itu, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan.

“Pulau Pinang bersikap terbuka dan tidak menghalang majlis ceramah serta percambahan ilmu yang mahu diadakan di negeri itu. Kita juga tidak meletakkan syarat bahawa penceramah yang mahu dijemput itu mesti mempunyai tauliah agama seperti yang disyaratkan di negeri-negeri lain," katanya.

Menurutnya, kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan salah faham.
“Seingat saya pada tahun lepas, dalam satu program ceramah anjuran kerajaan negeri, kita ada menjemput Ustaz Kazim hadir," katanya.




Monday, 24 June 2013

UJIAN DARI ALLAH UNTUK USTAZ KAZIM ELIAS !!!



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menafikan dakwaan kononnya Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi yang dibuka oleh penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias adalah pusat di bawah 'kawalan' Barisan Nasional (BN).


Zambry turut menyangkal fitnah politik yang dilemparkan kepada Muhammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kononnya beliau telah memberikan wang secara peribadi bernilai RM7 juta kepada pendakwah terkenal itu.

"Saya amat bersimpati dengan Ustaz Kazim dalam keadaan beliau difitnah dengan pelbagai cara dan ugutan. Kita bekerjasama dalam perkara yang baik. Takkan kita pula mahu menolak orang yang memperkenalkan negeri Perak serta institusi dan pengajian Islam seperti ini?" katanya pemberita selepas menghadiri majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-7 pusat pendidikan itu di sini hari ini.

Member BSK