TAHNIAH kepada Saudara Maliki Mohamed Rapiee kerana dapat mempertahankan jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012 - 2014.
Pencabar utama beliau Jais Abdul Karim telah menarik diri di saat akhir malam tadi. Bagi kerusi Timbalan Presiden, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin juga telah menang tanpa bertanding manakala jawatan Setiausaha Agung kekal kepada Saudara Mohd Zaidi Aziz yang juga menang tanpa bertanding.
Bagi jawatan-jawatan lain dijadualkan akan dibuat pengudian pada hari ini. Teman ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Maliki, Saudara Mua'amar Ghadafi dan juga Saudara Mohd Zaidi yang memegaang tampuk tetinggi barisan kepimpinan yang baru. Teman harap agenda pembangunan belia akan dirancangkan serta mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.
Teruskan usaha anda untuk memajukankan belia malaysia...
TAHNIAH SEKALI LAGI....
No comments:
Post a Comment