Jumlah Pengunjung

Showing posts with label karpal singh. Show all posts
Showing posts with label karpal singh. Show all posts

Thursday, 7 November 2013

KARPAL SINGH LARI DARI MASALAH KELUARGA SENDIRI !!!



Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftarannya disifatkan sebagai usaha terdesak mengalihkan perhatian umum daripada masalah yang dihadapi DAP dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 
Timbalan Ketua Pemuda MIC Bukit Bintang, Datuk R. Ramanan berkata, Karpal tidak sewajarnya membangkitkan isu baharu sebaliknya menjawab segera mengapa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan parti itu September lalu masih belum disahkan ROS.

"Ketika dia mahukan parti-parti lain dibatalkan pendaftaran, saya mahu ingatkan Karpal, adakah dia sedar sehingga ke hari ini, CEC parti DAP masih lagi belum disahkan ROS.

"Adakah Karpal sangka masalah dalaman DAP telah selesai sedangkan banyak ahli DAP telah membuat laporan kepada ROS kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan CEC dan pimpinan DAP," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam, Karpal bagai meludah ke langit selepas menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama termasuk sekutu rapatnya, Pas dibatalkan pendaftaran walaupun semua sedia maklum DAP cenderung memperjuangkan nasib kaum Cina.

Menurut Ramanan, DAP ibarat terjerumus ke dalam permasalahan besar berhubung krisis parti itu dengan ROS dan dilihat cuba mengheret parti-parti pembangkang lain termasuk Pas untuk terlibat sama dengan masalah mereka.
"Saya fikir Karpal patut fikir mengenai partinya sendiri, janganlah mengutuk rumah orang kalau rumah sendiri pun bermasalah," katanya.





Monday, 30 September 2013

SELAGI KARPAL SINGH BELOM MATI !!! MATI LA HANG LEKAS PON...


Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada arena politik selagi pakatan pembangkang belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

Karpal yang merupakan Ahli Parlimen Gelugor berkata, beliau percaya setiap orang pasti akan bersara tetapi memberitahu belum bercadang untuk melakukannya dalam masa terdekat ini.
Beliau juga membayangkan kemungkinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum yang akan datang sekiranya dicalonkan oleh parti.

Monday, 5 August 2013

DUA EKOR BABI NI TAK SEDAR DIORANG DAH GELABAH ???



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Anwar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR selepas membuat laporan itu berkata, dakwaan yang dibuat bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pendedahan surat layang itu disifatkannya sebagai satu fitnah yang dilemparkan UMNO terhadapnya.

Kelmarin, Mazlan mendedahkan kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Anwar dan Karpal yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Mengulas dakwaan 'urus-niaga' itu, Anwar memberitahu, beliau dan sekeluarga amat berterima kasih kepada Karpal yang banyak membantunya selama ini dan tidak timbul isu kewangan antara mereka.

"Sepanjang Karpal membantu saya menjadi panel guamannya, tidak pernah timbul tentang isu pembayaran. Apabila dakwaan sebegini berlaku, sekali gus menjejaskan maruah Karpal," katanya.

Tambahnya, beliau setuju jika Karpal mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjejaskan imej mereka dan pemimpin PKR lain.
Sementara itu, Karpal pula mencabar Mazlan mendedahkan identiti dan dokumen mengaitkan dirinya dan Anwar seperti yang didedahkannya sebelum ini.

"Saya cabar Mazlan jika dia 'anak jantan' supaya tunjukkan slip cek, akaun bank, slip pembayaran dan identiti pihak yang membuat surat itu.
"Saya juga mencabar stesen televisyen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times untuk turut melakukan perkara sama," katanya.
Beliau turut berkata, pihaknya dan Anwar sedang mengumpul bukti untuk melakukan tindakan dalam masa terdekat.

"Tuduhan yang dilemparkan begitu serius dan saya menafikan kewujudan tuduhan itu kerana saya telah lama bersahabat dengan Anwar. Oleh itu saya menggesa pejabat AG mengarahkan siasatan mendalam tentang perkara ini," katanya

______________________________________________________________


hahaha... Bagi aku walau apa pon penafian dari mereka samdol berdua ni, seharusnya kita menilai kebenaran setiap kata kata mereka dari video di bawah...  hehe.. selamat menonton...  ;)






Friday, 17 May 2013

KARPAL SINGH BUAT REPORT POLIS TANGKAP PENGANJUR BLACKOUT 505 !!! MAMPOS LA KORANG PENYOKONG PEMBANGKANG...



Ini berita terbaru dari karpal singh, korang fikir la kenapa tiba2 karpal singh buat report dan desak agar polis menangkap anwar ibrahim. Yang paling bodoh skrg ni adalah org yg tak sedar2 mengikut telunjuk anwar. Kt sini aku respek sikit pada Karpal singh, kerana dia ada sifat cintakan keamanan negara. Mungkin dia dh terfikir klu jadi apa2 mana dia nk lari, dia dh la pakai kerusi roda jer.. atau mungkin karpal singh dh tersedar semenjak karpal singh jatuh tertonggeng semasa pencalonan pilihanraya yg lalu.. hehe...  apa2 pon aku harap korang baca cerita di bawah...

Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang semalam bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). 

"Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan Pakatan Rakyat walaupun saya sendiri dari barisan pembangkang.

Negara ada undang-undang. Yang kita berani tentang, kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yang melibatkan manusia sebagai mangsa, saya berundur diri…. saya tidak mahu masuk campur," kata Karpal Singh. 

Menurut Karpal Singh lagi, rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505.

Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu. 

Karpal Singh turut mengulas kenyataan pengasas ASAL BUKAN UMNO (ABU), Haris Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan kekerasan atas alasan porses PRU13, hampir dua minggu lepas, tidak telus dan tidak jujur.

"Saya minta kerajaan bertindak dengan segera terhadap pemimpin pembangkang yang keras kepala ini," ujar Karpal Singh lagi.




Friday, 1 February 2013

Dua Pemimpin Jadi Pelakon Terbaik, Sanggup makan BABI bersama !!!


Kemesraan yang diperlihatkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, disifatkan tidak lebih daripada lakonan kedua-dua belah pihak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berpendapat, agak sukar untuk melihat keikhlasan dalam kerjasama politik kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu kerana masing-masing mempunyai ideologi yang terlalu berbeza dan penyokong fanatik tersendiri.
"Mereka boleh berlakon supaya masyarakat tengok tiada masalah tetapi realitinya saya fikir mereka susah untuk menyelesaikan dan menyelaraskan pendirian mereka.
"Dalam hal ini, mereka tidak lagi mengira untung rugi kerana matlamat mereka hanya satu iaitu untuk menjatuhkan UMNO, kehendak masing-masing memang berbeza tetapi mereka berpakat asalkan UMNO hancur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam laporan berita propembangkang, Malaysiakini pada 27 Januari lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membuat 'kejutan' apabila menyambut hari jadi yang ke-82 di rumah Karpal di Jalan Scotland, Pulau Pinang.

Portal berita itu juga melaporkan, Nik Abdul Aziz memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut Nakhaie, dengan PRU-13 semakin hampir, beliau tidak terkejut untuk melihat lebih banyak lakonan menarik daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
"DAP kita tahu menuntut hak kesamarataan semua kaum, tiada hak istimewa orang Melayu, bumiputera dan kedudukan agama Islam, pendek kata acuan yang sama seperti Singapura.
"Pas pula menggunakan Islam sebagai slogan dan retorik dalam kehendak jelas mereka untuk memusuhi UMNO," katanya.
Mengulas lanjut kata Nakhaie, beliau melihat kelebihan kini diperoleh DAP berikutan Pas telah banyak melonggarkan asas perjuangan mereka termasuk dalam soal pelaksanaan hukum hudud, penubuhan negara Islam dan kalimah Allah.
"Orang akan terus tertanya macam mana Nik Abdul Aziz boleh anggap merayakan Maulidur Rasul sebagai bidaah tetapi dia pula boleh merayakan hari jadi dia, ini antara lakonan-lakonan yang kita akan nampak," katanya.






Monday, 21 January 2013

KALIMAH ALLAH, PAS tendang macam bola sepak !!!



Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?


Sunday, 20 January 2013

PAS kena tampar dengan OKU lagi !!!



Karpal Singh beri amaran kepada presiden Pas agar beri arahan kepada dewan ulama pas supaya menarik balik larangan penggunaan kalimah Allah dalam bible. Jika amaran ini tidak diendahkan pas akan ditendang keluar dari pakatan rakyat
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh telah meminta agar Majlis Syura PAS membuat keputusan yang selari dengan kehendak serta pendirian Pakatan Rakyat, terutama sekali yang membabitkan KALIMAH ALLAH. Secara tidak langsung, Karpal Singh kembali mengulangi pendiriannya, PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu jikalau hendak memperjuangkan Islam, Negara Islam atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Majlis Syura PAS pada 14 Januari lalu telah membuat keputusan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk sebarang tujuan kerana ia bertentangan dengan maksud sebenar KALIMAH ALLAH yang tidak boleh diterjemahkan dalam mana-mana bahasa di dunia ini.



Pada malam Tahun Baru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuat perutusan di blognya, mendesak agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible versi Bahasa Melayu. Bible versi bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu, tidak pula menukarkan perkataan GOD dan LORD kepada ALLAH, malah DAP secara tegas berpendirian bahawa KALIMAH ALLAH hanya sesuai untuk Bible berbahasa Melayu sahaja.

PAS dari tahun 2008 lagi telah bersetuju agar KALIMAH ALLAH dibenarkan guna kepada orang bukan Islam, terutama untuk tujuan penyebaran agama mereka. Konon-kononnya dengan cara itu, Islam dapat didakwahkan kepada mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada keadaan semasa dan sejarah, KALIMAH ALLAH yang digunakan di dalam Bible versi Bahasa Melayu hanya digunakan untuk memurtadkan umat Islam, sepertimana yang digunakan dalam Bible versi Bahasa Arab. Bible dalam Bahasa Latin yang menjadi Bible utama dan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain, tidak langsung mempunyai sebarang kalimah ALLAH.

‘Arahan’ daripada Karpal Singh itu, sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup besar kepada PAS. Walaupun bunyinya cukup lunak dan bersopan santun, Karpal Singh telah meminta agar Presiden PAS menggunakan kuasanya untuk memansuhkan keputusan Majlis Syura,

NIK AZIZ tak mampu nak kata apa dah !!!



Selepas isu Negara Islam, Hudud & segala macam wayang keagaamaan 
yang PAS pentaskan di panggung politik mereka.... LPFnya adalah Karpal Singh.
Kini Karpal sekali lagi bersuara tapi melibatkan isu kalimah ALLAH... 
mampukah PAS mempertahankan pendirian atau buat U-turn sekali lagi??? 



KARPAL SINGH beri amaran semula pada PAS !!!



Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan menyuruh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

 
Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.



Member BSK