Jumlah Pengunjung

Friday 1 February 2013

Dua Pemimpin Jadi Pelakon Terbaik, Sanggup makan BABI bersama !!!


Kemesraan yang diperlihatkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, disifatkan tidak lebih daripada lakonan kedua-dua belah pihak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berpendapat, agak sukar untuk melihat keikhlasan dalam kerjasama politik kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu kerana masing-masing mempunyai ideologi yang terlalu berbeza dan penyokong fanatik tersendiri.
"Mereka boleh berlakon supaya masyarakat tengok tiada masalah tetapi realitinya saya fikir mereka susah untuk menyelesaikan dan menyelaraskan pendirian mereka.
"Dalam hal ini, mereka tidak lagi mengira untung rugi kerana matlamat mereka hanya satu iaitu untuk menjatuhkan UMNO, kehendak masing-masing memang berbeza tetapi mereka berpakat asalkan UMNO hancur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam laporan berita propembangkang, Malaysiakini pada 27 Januari lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membuat 'kejutan' apabila menyambut hari jadi yang ke-82 di rumah Karpal di Jalan Scotland, Pulau Pinang.

Portal berita itu juga melaporkan, Nik Abdul Aziz memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut Nakhaie, dengan PRU-13 semakin hampir, beliau tidak terkejut untuk melihat lebih banyak lakonan menarik daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
"DAP kita tahu menuntut hak kesamarataan semua kaum, tiada hak istimewa orang Melayu, bumiputera dan kedudukan agama Islam, pendek kata acuan yang sama seperti Singapura.
"Pas pula menggunakan Islam sebagai slogan dan retorik dalam kehendak jelas mereka untuk memusuhi UMNO," katanya.
Mengulas lanjut kata Nakhaie, beliau melihat kelebihan kini diperoleh DAP berikutan Pas telah banyak melonggarkan asas perjuangan mereka termasuk dalam soal pelaksanaan hukum hudud, penubuhan negara Islam dan kalimah Allah.
"Orang akan terus tertanya macam mana Nik Abdul Aziz boleh anggap merayakan Maulidur Rasul sebagai bidaah tetapi dia pula boleh merayakan hari jadi dia, ini antara lakonan-lakonan yang kita akan nampak," katanya.






1 comment:

Member BSK