Jumlah Pengunjung

Thursday, 11 July 2013

PAS MENCARI KELEMAHAN CALON BARISAN NASIONAL KUALA BESUT ???



Calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memiliki kekuatan latar belakang yang menjadi pilihan pengundi Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Pengarah BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan II berkata, Tengku Zaihan bukan sahaja masih muda malah datang daripada keluarga berlatar belakangkan agama serta merupakan seorang profesional.
Ketua UMNO Besut itu berkeyakinan Tengku Zaihan yang merupakan bekas jurutera Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) daerah Besut dan di Putrajaya akan menjadi pemimpin yang mampu berkhidmat dan menyumbang idea berkesan ke arah pembangunan.

"Zaihan adalah tokoh yang berpotensi sebagai seorang pemimpin masa depan yang diperlukan UMNO. Beliau memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu kreatif, innovatif dan mempunyai pemikiraan maju ke hadapan bagi membangunkan Kuala Besut," katanya ketika bertemu rakan bloggers di sini malam tadi.
Bagi membantu kempen calon itu nanti, Idris berkata, BN akan berkempen secara berhemah bagi memperkenalkan calon kepada pengundi.

Idris berkata, Tengku Zaihan, yang berkahwin dengan seorang guru Siti Salbiah Othman, 34, dan dikurniakan empat cahaya mata, itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana beliau dilihat mudah bergaul dan disenangi semua golongan, baik golongan tua mahupun para remaja di Kuala Besut.
Malah Idris menyifatkan dalam bidang kerjayanya, Tengku Zaihan merupakan kakitangan kerajaan yang cemerlang apabila beliau pernah menerima beberapa penghargaan antaranya Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan pada 2006 dan 2011 dan Anugerah Pencetus Idea (2010).

Tengku Zaihan yang memegang jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Bahagian Korporat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan anak kepada seorang guru agama yang disegani, Ustaz Che Ku Abd Rahman. - BERNAMA

No comments:

Post a comment

Member BSK