Apabila orang UMNO dan Rakyat Malaysia memutuskan enough is enough
kepada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, salah satu isu besar ketika
itu ialah sikap tamak kuasa, bangga diri dan menggunakan segala pengaruh
pejabat PM oleh para pegawai Abdullah.
Para pegawai Abdullah seperti Zaki Zahid, Khairy Jamaluddin, Mustapha
Omar Ong berleluasa dalam parti politik, badan bukan kerajaan dan
syarikat berkaitan kerajaan.
Selepas 3 tahun pentadbiran Najib Tun Razak sedang mengulangi kesilapan
yang sama.
Tanda-tanda tersebut sudah jelas apabila ketiga-tiga Setiausaha Politik
Perdana Menteri sibuk menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan
raya akan datang. Ini termasuklah seorang Setiausaha Politik yang mahu
mengambil alih kawasan MCA di Wilayah Persekutuan.
Namun yang lebih serius ketika ini ialah tindak tanduk tiga orang pegawai
muda pejabat Perdana Menteri seperti Datuk Irhomhizam Ibrahim,
Dato Mazri Muhammad dan Dato Prof Khairil Anas mahu menguasai
pentas-pentas NGO termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM).
Mereka ini digelar "Three Stooges" Pejabat Perdana Menteri kerana
tindak-tanduk membodohkan diri yang sering mereka lakukan. Misalnya,
Apakah pencapaian Khairil Anas anak muda yang menjadi kesayangan
PM ini sehinggakan melayakkan beliau menggunakan gelaran Profesor?
Universiti mana yang memberi beliau jawatan Profesor dan atas kelayakan apa?
Berapa banyak buku beliau diterbitkan, berapa banyak kertas seminar
beliau diterbitkan?
3 Pelawak ini bergerak melalui Global Moderates of Movement Foundation
(lihat sini).
Tahun ini melalui dana ini mereka berazam mahu merampas Majlis Belia Malaysia
(MBM) dariapada pemimpin belia sebenar. Kumpulan ini mempergunakan
Jais Abdul Karim untuk menentang Presiden MBM sedia ada.
Manakala Irmohizam akan bertanding sebagai Timbalan Presiden MBM.
Dengan melakukan "tag-team" dengan Jais, Irmohizam berharap beliau akan
mencapai kompromi saat akhir. Beliau akan menawarkan kepada Presiden
MBM sekarang ini, Maliki agar meminta calon Timbalan Presiden lain menarik
diri supaya beliau boleh menang tanpa bertanding. Sebagai balasan Irmohizam
akan meminta Jais menarik diri dari pertandingan Presiden MBM dan
membolehkan Maliki menang tanpa bertanding.
Tujuan Irmohizam bukanlah memenangkan Jais. Beliau hanya menggunakan
Jais sebagai bidak untuk beliau membuat "bargain" dengan Maliki dan
saf Majlis Belia Malaysia yang lain.
Yang menimbulkan kemarahan ramai pemimpin belia ialah tindak-tanduk Irmohizam,
Khairil Anas dan Mazri Muhammad menggunakan nama pejabat
Perdana Menteri untuk mempengaruhi perwakilan MBM.
Pada pemilihan lalu kumpulan ini telah cuba menghuru-harakan MBM melalui
calon payung terjun saat terakhir. Namun ADUN ini yang merasakan diri
beliau dipergunakan oleh 3 pelawak ini telah menarik diri di saat-saat akhir.
Apakah the Three Stooges pejabat PM ini akan menghuru-harakan persatuan
belia seperti MBM? Kita tunggu sabtu ini. Sementara itu, sekiranya kumpulan
ini masih lagi berkempen menggunakan nama pejabat PM, blog ini akan
mendedahkan lebih banyak isu membabitkan 3 manusia tidak berguna ihi.
“Kelak akan datang di
akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “
No comments:
Post a Comment