Jumlah Pengunjung

Sunday 23 December 2012

DAH KANTOI DAP PERAK TUDUH NIK AZIZ JADI TALI BARUT UMNO PULA !!!


  Gua hairan kenapa Nik Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan bersilat berkuntau menafikan pemberian tanah tersebut kepada 2 beradik Ngeh Nga. Bukankah tanah tersebut dianugerahkan kepada  YIK(Yayasan Islam Kelantan) salah satu agensi kerajaan negeri yang mengadakan usahasama dengan Upayapadu Sdn Bhd. 
Ngeh dan Nga punyai pegangan saham syarikat Upayapadu Sdn Bhd yang mengadakan usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Adakah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Nik Aziz tidak tahu menahu mengenai pindah milik ke tangan Ngeh dan Nga?
Setiausaha Akhbar Menteri Besar  memaklumkan pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.
Tukar hak milik tanpa melalui proses tender terbuka dan telus? YIK adalah salah satu agensi kerajaan negeri,apa keistimewaan Upayapadu yang syarikat lain tidak ada ?
Kenapa Guan Eng mendiamkan diri apabila membabitkan Ngeh dan Nga:Dr MiM persoalkan kenapa klik sini


IPOH - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.


ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 



“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam. 



Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.



Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan

No comments:

Post a Comment

Member BSK