Kerajaan PAS Kelantan mengkhianati dan mengaibkan rakyatnya dengan
memberi tanah balak lebih 4,000 hektar(10,526 ekar) di Relai, daerah
Chiku, Gua Musang kepada pemimpin DAP yang didakwa kerana kepentingan
politik pembangkang.
Kerajaan
Pas sepatutnya membela nasib rakyat yang miskin bukan mengkayakan
pemimpin cina DAP. Walaupun Kelantan kaya dengan hasil bumi seperti kayu
balak tetapi negeri Kelantan lebih mundur berbanding dengan
negeri-negeri lain. Rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri
lain demi mencari rezeki untuk hidup. Rakyat Kelantan juga rasa bersalah
kerana seolah-olah merampas rezeki rakyat dinegeri lain demi untuk
hidup.
Tanah
yang diberikan kepada pemimpin cina DAP iaitu Nga dan Ngeh mampu
menyelesaikan masah kemiskinan kepada lebih 3508 keluarga miskin dengan
pendapatan lebih RM2000.00 sebulan jika tanah tersebut diberikan kepada
mereka. Tetapi kerajaan negeri lebih memilih untuk mendapat wang secara
segera dengan memberi tanah tersebut kepada syarikat kroni sedangkan
penduduk Kelantan ramai berada di bawah paras kemiskinan.
Persatuan
Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) juga berpendapat tanah
balak itu sepatutnya digunakan untuk manfaat lebih sejuta penduduk
negeri berkenaan, terutama penduduk miskin. Tetapi hak rakyat Kelantan
dinafikan dengan memberi tanah kepada pemimpin pembangkang
sewenang-wenangnya.
Presidennya, Datuk Dr Noordin Ab Razak,
berkata anak Kelantan yang bekerja keras di perantauan memberi sumbangan
besar kepada pembangunan negeri itu dengan membawa balik rezeki ke
kampung halaman mereka.
“Janganlah segala perkara dilakukan
hanya berkaitan dengan kepentingan kepartian, sebaliknya nasib rakyatlah
yang harus dibela dan diberi keutamaan,” katanya sambil mengakui
dakwaan itu mengejutkan banyak pihak, semalam.
"Saya percaya politik mampu melakukan apa sahaja walaupun mengambil hak rakyat," katanya lagi.
Pendedahan
yang dibuat oleh YB Dato Hamidah ketika sidang Dun negeri Perak
memperlihatkan rakyat Pas sekali diperbodohkan dengan menyiarkan
beberapa gambar kononnya pemimpin Pas zuhud, berjiwa rakyat tetapi dalam
diam hak dan maruah rakyat Kelantan digadai begitu mudah. YB Dato
Hamidah kemudian diugut oleh Nga Kor Ming menunjukkan pemimpin DAP sudah
terlalu takut dengan pendedahan ini.
Ada juga pemimpin Pas melalui blog-blog mereka sanggup memaki hamun YB Dato Hamidah kerana mendedahkan semua ini kepada rakyat.
Pemimpin Pas
cuba mengalih pandangan dengan menuntut royalti minyak yang belum pasti
sedangkan di negeri Kelantan mempunyai hasilbumi seperti balak dan
mempunyai tanah yang subur yang cukup banyak mampu menjana ekonomi untuk
rakyat negeri Kelantan. Tetapi sayang pemimpin Pas lebih gemar
berpolitik menghentam kerajaan pusat dan gimik membina lebuhraya dengan
derma rakyat, semua ini dibuat hanya untuk kepentingan politik
No comments:
Post a Comment