Jumlah Pengunjung

Sunday 30 December 2012

PAS TERENGGANU KATA NIK AZIZ SEMAKIN SESAT !!!

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.
Beliau berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Harun menjelaskan, dalam agama Kristian menyebut Tuhan bagi seluruh penganutnya adalah Nabi Isa dan bukannya Allah.
"Apa yang saya tahu, kalimah Allah hanya untuk Tuhan kita (umat Islam) dan dalam Kristian ada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus. Isa (nabi) adalah disebut di kalangan penganutnya (Kristian) sebagai anak Tuhan.
"Jadi, kita kena faham bahawa nama Tuhan iaitu Allah hanya untuk orang Islam, kita seluruh umat Islam wajib menyembah Allah Yang Maha Esa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible dalam perutusannya sempena Hari Krismas baru-baru ini sehingga menimbulkan polemik selain mengundang rasa dukacita Sultan Selangor.
Guan Eng dalam perutusan itu antara lain mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti mana diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.
Beberapa pemimpin Pas sebelum ini turut tidak bersetuju dengan kenyataan Guan Eng itu dan meminta beliau berhenti membangkitkan isu tersebut kerana boleh mengelirukan rakyat.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas berpendirian kitab Bible versi bahasa Melayu harus menggunakan istilah God dalam merujuk kepada tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab itu.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan pula berkata, isu itu tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya Guan Eng merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau membantah desakan Guan Eng agar penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam kitab Bible itu, Harun berkata, pendiriannya mengenai perkara itu adalah seperti yang ditetapkan dalam Islam.
"Saya orang Islam dan saya pasti pakai (kalimah Allah) ikut Islam, saya tak akan pakai ikut agama Kristian," tegasnya.
Beliau seterusnya meminta semua umat Islam agar tidak terkeliru dengan sebarang kenyataan yang mengaitkan kalimah Allah kononnya dibenar atau diguna pakai dalam agama lain selain Islam.



No comments:

Post a Comment

Member BSK