Jumlah Pengunjung

Sunday 30 December 2012

PAS PULAU PINANG MAHU BERTAUBAT !!!


MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (memegang pembesar suara) menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli pelbagai NGO dan anggota Pas yang menyertai perhimpunan aman membantah kenyataan Lim Guan Eng menuntut kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu di hadapan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 28 Dis. - Marah dan rasa terhina dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakannya.
Diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), perhimpunan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, kira-kira 500 meter dari situ.
Pengerusi JMPP, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pihaknya mahu Guan Eng yang juga Ketua Menteri menarik balik kenyataannya yang dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.
“Kami difahamkan Guan Eng sedang bercuti bersama keluarganya di Hong Kong dan sebaik sahaja pulang, beliau harus segera memohon maaf kepada umat Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Demonstrasi itu turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta).
Dalam perhimpunan yang berlangsung kira-kira sejam dan dikawal ketat oleh polis termasuk Unit Tindakan Ringan (LSF), kumpulan berkenaan turut membawa pelbagai sepanduk serta kain rentang mengecam Guan Eng dan DAP.
Antara perkataan-perkataan yang dapat dilihat adalah ‘Pelampau DAP jangan bermain dengan api’, ‘DAP parti perkauman sempit’ dan ‘Mahu DAP diharamkan kerana tuntutan melampau’.
Menurut Mohamed Hafiz, Guan Eng juga perlu memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu kerana kenyataan tersebut menyentuh mengenai hal ehwal agama Islam.
“Amat jelas sekali, kenyataan berkenaan sangat biadab serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.
“Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam dan mengapa beliau sengaja tidak mahu memahami perkara itu," ujarnya.
Mohamed Hafiz berkata, tindakan tersebut jelas sengaja mahu mencabar umat Islam di negara ini kerana gereja-gereja di Amerika Syarikat dan negara lain tidak menggunakan perkataan Allah.
Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas baru-baru ini antara lain mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.



No comments:

Post a Comment

Member BSK