Diskaun Tiket F1 Sehingga 50 Peratus Bagi Yang Tempah Awal
Ia sebagai promosi bagi menyaksian kejohanan Grand Prix Malaysia Petronas di Litar Sepang pada Mac tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali, berkata sambutan kepada promosi itu setakat ini adalah sangat baik.
“Saya gembira kerana peminat tempatan turut mengambil inisiatif untuk membeli tiket lebih awal. Saya menjangkakan penonton yang ramai di Sepang pada Mac ini.
“Ia akan meriah kerana kami akan turut menyambut ulang tahun ke-15 kehadiran FI di Malaysia dengan pelbagai aktiviti akan diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata tiket akan turut dijual di Petronas X-Track Road Show di Litar Go-Kart Speedway PLUS di USJ Subang pada Sabtu.
Tiket juga boleh dibeli di gerai tiket SIC di Dewan Berlepas KLIA Ekspres di KL Sentral dan melalui online di www.sepangcircuit.com atau menghubungi hotline 603-87782222.
(SUMBER)
No comments:
Post a Comment