Jumlah Pengunjung

Monday 29 July 2013

MENTERI BESAR PERAK ARAHKAN SERBUAN !!!



Kerajaan negeri akan terus memantau operasi pusat hiburan keluarga di negeri ini bagi memastikan ia tidak melanggar syarat lesen yang ditetapkan pihak berkuasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu bukan sesuatu yang baharu.

"Kita perlu melihat dari segi lesen hiburan keluarga ini. Apa bentuk hiburan keluarga yang sebenarnya, dan kita tidak mahu berlaku penyelewengan.

"Serbuan juga akan dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada laporan daripada orang ramai kerana kita tidak mahu (lesen hiburan keluarga) disalah guna," katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Serbaguna Kampung Teluk Muroh dekat sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Johor mengkaji semula pengeluaran pusat hiburan keluarga mulai tahun depan bagi membendung penularan serta peningkatan gejala sosial di negeri itu.



Terdahulu, Zambry yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, turut menyampaikan sumbangan sama kepada penduduk empat kampung di Dewan Serbaguna Kampung Batu 3, Segari dekat sini.
Kira-kira 1,760 warga emas, anak yatim dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima duit raya dan kotak berisi keperluan harian sumbangan 1MDB serta Yayasan Bina Upaya (YBU). - BERNAMA




1 comment:

  1. MB cakap pantau, yelah tu, cuba cakap setiap mesin yang berjaya dirampas akan diberi 50 ringgit, berebut2 orang report.

    ReplyDelete

Member BSK