Memang menarik cerita kali ini, tindak tanduk Nik Aziz sekarang makin menyerlahkan peribadi dirinya sebenar, manakan tidak, tindakan nik aziz sekarang nampaknya semakin menepikan golongan ulama dalam pas. Adakah nik aziz makin tidak percaya pada aura ulama dalam pas ? cerita ni aku ambil dari sebuah blog membongkar tentang sikap nik aziz sebenarnya di kelantan... sila baca di bawah...
Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis
bersama artis yang dihadiri para penggiat seni penyokong parti
pembangkang.Antara artis yang kelihatan adalah Mustafa Kamal,Noryn
Aziz,Bob Lokman,Yatt Hamzah,Akhil Hayy,Waheeda,Rabbani,Ainan Tasneen dan
beberapa pelakon yang kurang dikenali.Namun,kehadiran Dr MAZA (Muhammad
Asri Zainal Abidin) mengundang seribu tanda tanya.Adakah beliau seorang
artis ??? Seni apa yang beliau lagukan ??? Adakah seni menjadi lalang
politik juga boleh dikira sebahagian dari salah satu cabang seni ???
Begitu taksub dengan politik kepartian,di dalam majlis ini air yang
dihidangkan pun diwarnakan dengan warna hijau.saya tidak tahu apakah
rasa air tersebut,namun warna air tersebut sungguh jelek dan kelihatan
sangat pelik.Tetapi,itu bukan isu yang ingin saya kupaskan di dalam
artikel ini,isu yang paling penting ialah kenyataan Nik Aziz tentang
keseronokkan beliau bersama artis-artis yang memuja beliau.Seluruh
Malaya tahu ramai artis yang kononya telah berhijrah memilih PAS sebagai
agama baru mereka dan secara automatik mereka akan dianggap sebagai
ulama dan ustaz sejurus menyerahkan borang ahli parti PAS. Masih segar
diingatan kami tentang kenyataan-kenyataan mengarut yang dikeluarkan
oleh artis-artis PAS seperti Abby Abadi dan Bob Lokman dan betapa
sempitnya pandangan mereka tentang Islam dan ilmu akidah.
Namun begitu artis-artis ini masih lagi dijemput untuk mengadiri
program-program tertentu walaupun tidak lagi sebegitu aktif seperti mana
yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang dulu.Ada juga artis seperti
Hairi Othman yang kecewa dengan PAS kerana tiada lagi bayaran diberikan
kepada beliau selepas pilihanraya umum ke-13 empat bulan yang
lepas.Namun begitu,kepelikkan yang melampau adalah apabila Nik Aziz
mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama-sama artis.Umum
mengetahui,golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ini dan
mereka memandang hina kepada profesyen seni dan persembahan.Begitu juga
dengan aktiviti kebudayaan yang diharamkan di Kelantan kerana kononnya
melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.Kini lain pula ceritanya, dimana
artis-artis difatwakan oleh Nik Aziz untuk dijadikan ikon dan contoh
kepada masyarakat walaupun mereka tidak mempunyai ilmu agama yang cukup
untuk dijadikan contoh.Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah
pondok menolak Nik Aziz dan partinya,Nik Aziz mengambil langkah populis
dengan bersengkongkol dengan artis yang telah merudum populariti
mereka.
Seolah-olah ada satu perjanjian tolong menolong antara artis
pro-pembangkang dan para pemimpin PAS.Mereka menggunakan artis untuk
menaikkan imej liberal mereka tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya
dengan jubah dan serban sudah mampu untuk mereka rasakan syurga akan
berada di bawah tapak kaki mereka.Secara tuntasnya,Nik Aziz kini lebih
selesa untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding
guru-guru pondok dan ulama yang selama ini menyokong beliau tetapi telah
tersedar dari lamunan permainan kata-kata PAS.Jangan kerana terlalu
terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama seperti mana
perjuangan PAS yang terdahulu.Artikel berkenaan kenyataan Nik Aziz
bahagia bersama Artis boleh didapati di :
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
SUMBER
Skarang tuan guru dah meninggal dan terputus segala urusan dengan dunia fana kita ni. Orang lain nak cakap ape cakap jelah, dosa akan ditanggung sendiri.
ReplyDeleteni blog politik ke, Blog dakwah ke, blog penyebar fitnah atau blog lucah?
ReplyDeleteAda post kata Subhanallah, dalam masa yang sama ada post Buah dada artis Malaysia yang paling besar. Berat 66.