Jumlah Pengunjung

Showing posts with label Alexa Ranking. Show all posts
Showing posts with label Alexa Ranking. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Undang-Undang Haram Jadah Mat Sabu !!!



PERLEMBAGAAN negara jelas menyatakan bahawa tidak ada siapa di kalangan rakyat negara ini berada di atas undang-undang, waima kerabat diraja sekalipun.  Ini pasti.

Tapi ada 2 perkembangan berkaitan membabitkan pemimpin parti pembangkang yang menunjukkan puak-puak kera ini berada di atas undang-undang, seakan tidak ada yang boleh menyentuh mereka.

Pertama, keengganan DAP menyerahkan laporan pemilihan CEC Disember lepas sehingga sekarang kepada Pendaftar Pertubuhan dan kedua tindakan pemimpin Pakatan menyelar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana menyaman Mat Sabu yang jelas memfitnahnya.

Rasanya penulis suka mulakan dengan yang kedua.

Dari segi undang-undang, Wan Ahmad mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Mat Sabu yang memfitnahnya terlibat dengan ‘Projek I/C’ di Sabah bersama-sama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Soal jawatan Wan Ahmad dalam SPR tu apa pulak kaitan sehingga dia tidak boleh menyaman Mat Sabu?  Ini logik mudah yang tak payah dipanjang-panjangkan pun.  Apatah lagi bila kera terbesar dalam pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri dikenali sebagai Raja Saman Berpilih.

Agak-agak lawyer dia boleh pusing, dia saman, agak-agak lawyer dia tak boleh pusing, dia tak saman.  Video berzina dengan pelacur, sampai sekarang Anwar tak saman Datuk Eskay Abdullah, dan itu baru satu contoh.

Siapa di antara kera yang lain berani panggil Anwar samseng dan gesanya letak jawatan macam yang ditujukan kepada Wan Ahmad sekarang kerana menyaman Mat Sabu? Klik Sini  Oh ya, Mat Sabu pun ada saman orang lain jugak, apa Mat Sabu juga samseng?

Yang kita semua tahu, anggota SPR tidak boleh menyertai parti politik sahaja, peruntukan undang-undang dibawah Akta Pilihanraya  yang menyebut Wan Ahmad tidak boleh menyaman orang yang memfitnahnya?


(SUMBER)




Saturday, 16 February 2013

Ustaz Hasan Ali Londehkan Seluar Nik Aziz !!!


Tertarik aku kepada pendedahan dari Hassan ali tentang penyingkiran PAS dari BARISAN NASIONAL dahulu. Ini memang kenyataan yg nik aziz tidak ceritakan kepada ahli2 PAS. Kenapa ? bagi aku senang je, Nik Azziz cuba menipu Fakta sebenar demi utk menanam kebencian yg lebih mendalam utk rakyat malaysia kepada Kerajaan BARISAN NASIONAL. Pendapat aku juga, dulu Hassan Ali pon kena tipu bulat2 la dengan Nik Aziz ni. ALHAMDULILLAH kerana ALLAH sentiasa melindungi BARISAN NASIONAL dari sebarang kesesatan yg Syaitan cuba sesatkan.

KENYATAAN DATUK DR. HASAN ALI MENGENAI SEJARAH PENYINGKIRAN PAS DARIPADA BARISAN NASIONAL

Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978.

Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.

Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah samada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.

Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa. Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu. Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.

Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.

Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing. Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingjkiran tersebut.

Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.

Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai unyuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, professional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.

Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.

Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam dinegara kita. Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri
yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.

Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS. Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.

Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung disebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya. Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombogan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apapun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksutujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.

Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua- dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.

Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
15 Februari 2013




PAS di Maki bagai anjing kurap !!!


Tiap2 hari aku dengar je cerita pasal PAS ni aku rasa makin menyampah skrg ni. Depan rakyat beria2 kata  PAS memperjuangkan agama ALLAH, tapi hakikatnya kita lihat la skrg ni, dah makin mcm GAMPANG... paling aku kesian pada budak2 muda yg BODOH main ikut jer...  tapi ALHAMDULILLAH kerana aku lihat semakin ramai anak muda yg sendiri berkata PAS dh makin mengarut... ini terbukti dengan pengakuan ahli PAS sendiri pada aku. Ayat ahli PAS tu yg selalu aku dengar adalah " PAS LEBIH ISLAM DARI ISLAM" hehe...  bukan aku kata... ahli PAS yg kata yer... sampai dia mintak aku baju BN la skrg ni... nak nampak lagi kemarahan rakyat kita boleh perhatikan skrg ni dari setiap negeri, ada jer...  paling membangkitkan kemarahan rakyat adalah berkenaan kalimah ALLAH..  di mana pendirian PAS skrg ni...  apa2 pon korang baca la kemarahan rakyat dari perbagai NGO skrg ni di bawah...


Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mendesak Pas membuat ketetapan berhubung isu kalimah ALLAH.

Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, perhimpunan aman di hadapan Pejabat Agung Pas bertujuan meminta Pas mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan isu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam.

Menurutnya, desakan tersebut secara jelas sebagai menghormati dasar perjuangan Pas selama ini.

“Himpunan hari ini  (semalam)  mewakili suara 120 NGO lain yang berharap Pas dapat menunjukkan pendirian mereka terutama isu kalimah ALLAH ini.

“Sekarang, masih ramai keliru kerana terdapat percanggahan mengenai sama ada ia boleh digunakan masyarakat bukan Islam atau tidak berikutan difahamkan Pakatan Rakyat (PR) membenarkan penggunaan tersebut walaupun Majlis Syura Ulama Pas kata tidak,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai solidariti untuk mengetahui keputusan Pas.

Sementara itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata perkara yang melibatkan sensitiviti agama tidak pernah berlaku sejak merdeka sehingga ke saat ini.

“Tetapi kebelakangan ini, agama Islam dan Kristian dimainkan oleh sekumpulan ahli politik hanya untuk mendapatkan undi di kawasan tertentu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu perlu segera dihentikan bagi memastikan rakyat di negara ini dapat hidup aman.

Himpunan itu disertai Persatuan Penyayang Komuniti Wanita Subang Jaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Angkatan Muda Dakwah Malaysia, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Persatuan Veteran Tentera Melayu, Jaringan Cina Malaysia, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Persatuan Penyayang Komuniti dan Masyarakat Subang Jaya dan Suara Anak Muda 1Malaysia.





Terima kasih Haron Din, Haram beri Undi Kepada PAS PRU 13 ini !!!


Dah terang lagi bersuluh, Syukur ALHAMDULILLAH...  semakin ramai ulama2 PAS yg tersedar sekarang, aku memang tertarik dengan cerita di bawah ni. Bagi aku, inilah kuasa ALLAH kepada rakyat malaysia. Seteruk2 UMNO yg pembangkang fitnahkan selama ini ALLAH telah terbalikkan kepada mereka, mana mungkin mereka melawan ketentuan ALLAH. Ikuti penjelasan dari BEKAS SETIAUSAHA DEWAN ULAMA PAS KELANTAN dibawah...


"Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.
"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.
Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.
"Kita kena ingat, syurga neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran," katanya.






Kecoh Kisah Haron Din Keluar Parti PAS !!!




Ini berita yang baru terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.
Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.
Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din d
engan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Cerita lagi tentang kisah punca haron din bengang KLIK SINI



Maruah Agama Islam Disisi PAS Sebenarnya !!!


Ni dah makin terang lagi bersuluh, orang buta pon boleh nampak klu dh smpai tahap mcm ni. Nak ikut sampai mana Bro...  sampai bumi di terbalikkan ALLAH ke? memang aku tak nafikan ALLAH semakin menunjukkan kebenaran perjuangan PAS skrg. Pada yg masih tidak buta hati aku ucapkan ALHAMDULILLAH...  dan pada yang terus buta hati aku tidak berdaya utk membantu, semua adalah kuasa ALLAH...  Aku percaya ALLAH sedang mengatur sesuatu untuk menyatukan umat ISLAM Malaysia....





Mat Sabu Gelak Bengang Baca Cerita ni !!!



Kisahnya begini...

Di satu kampung  ada seorang Lebai yang mengajar di sebuah surau. Biasanya dia akan mengajar kuliah subuh. Suatu hari dia terpandang seorang wanita yang bersama-sama jemaah mendengar kuliahnya. Dia telah jatuh cinta kepada wanita tersebut. Lalu dia mencari siapakah wanita ini sebenarnya.

Dipendekkan cerita, dia mendapat tahu  wanita itu adalah isteri kepada salah seorang anak muridnya (Hamid) yang sangat rajin datang ke surau untuk mendengar kuliahnya. Dia mula mencari helah. Dia meminta agar dapat mengajar setiap hari di surau itu. Setiap pagi dia akan datang awal untuk melihat apa kebiasaan yang Hamid lakukan sepanjang berada di surau.. 

Suatu hari, dia mendapat akal, dia melihat Hamid masuk ke dalam tandas. Dia tahu di dalam tandas itu, jika mahu buang air besar atau kecil, mesti mengadap kiblat.

Lalu semasa mengajar, Lebai berkata " Barang siapa yang buang air besar atau air kecil pada pagi ini dengan mengadap kiblat, maka dia mesti menceraikan isterinya"

Resahlah Hamid mendengar kata-kata Lebai itu, dia menunggu sehingga kuliah subuh itu selesai. Apabila semua orang sudah pulang, Hamid cepat-cepat menemui lebai lalu bertanya " Lebai, macamana dengan saya ni, tadi saya buang air kecil, kebetulan surau ni tandasnya mengadap kiblat, apa yang perlu saya buat?", kembang hati lebai mendengar pertanyaan Hamid lalu berkata "Sememangnya kamu mesti menceraikan isterimu". 

Tanpa membuang masa Hamid terus pulang lalu diceraikannya isterinya. Selesai sahaja edah, Hamid mendapat tahu isterinya telah bernikah dengan lebai tersebut. Marah Hamid bukan kepalang, baru dia sedar dia telah ditipu.

Hamid pun mencari jalan untuk mengenakan lebai itu semula. Setiap hari Hamid akan datang awal ke surau dengan harapan dapat melihat Lebai masuk ke tandas. 

Nasib Hamid baik, bila satu pagi dia melihat Lebai telah masuk ke tandas. Setelah selesai kuliah dan semua orang telah pulang, Hamid cepat-cepat mengadap Lebai lalu berkata " Ustaz, apakah hukum orang yang membuang air kecil atau besar dengan mengadap kiblat telah bertukar?", Lebai terkejut mendengar pertanyaan Hamid lalu menjawab Tidak, masih sama... setiap orang yang ketika membuang air besar atau kecil mengadap kiblat, mesti menceraikan isterinya". Hamid tersenyum lalu berkata " Tadi, bukankah ustaz masuk ke tandas surau, bermakna ustaz telah mengadap kiblat ketika buang air. Jadi bila ustaz nak cerai isteri ustaz". 

Kali ini Lebai pula yang tersenyum, katanya " Memang saya buang air kecil tadi, tubuh saya mengadap kiblat tetapi "ANU" saya, saya hadapkan ke arah lain"

ANGIN: Begitulah kisah lebai yang sentiasa mencari helah demi kepentingan dirinya sendiri. Biarpun dia pernah mengucapkan mesti menceraikan isteri ketika perkara itu tidak menyebelahinya, tetapi akan mencari helah agar dia tidak dilihat bersalah jika satu-satu perkara itu menampakkan kejahatannya.

Bukankah perkara ini sama seperti yang berlaku sekarang?  Pembangkang terutamanya PAS sentiasa mencari helah untuk menunjukkan mereka sebenar suci dari sebarang dosa kata-kata atau hukum yang mereka sendiri keluarkan.







Friday, 15 February 2013

Sebenarnya PSY Hampir terbunuh di Pulau Pinang ???


Cerita yg aku baru tahu sebenarnya semasa konsert PSY di pulau pinang, rupanya PSY di gertak untuk menakutkannya, hanya kerana utk membatalkan persembahan PSY tempohari. Memang aku perasan sbelom tu beria2 blogger pembangkang buat cerita kononnya persembahan PSY di batalkan. Mungkin itu adalah sebahagian dari perancangan jahat utk membatalkan persembahan PSY, sekali gus utk memalukan Perdana Menteri Malaysia dihadapan rakyat pulau pinang. Tak cukup dengan itu Lim Guan Eng pula sebelom tu cuba menghasut penyokongnya dengan menyuruh mereka berpakaian Bersih dan pelbagai utk menghina Perdana Menteri Malaysia yg SAH. Kamon la...  itu bukan budaya malaysia...  Semakin biadap dan kurang ajar aku tengok sikap cina DAP bila dpt memerintah pulau pinang skrg. Cuba korang lihat sendiri siapa yg cuba mencetuskan ketegangan kaum skrg? tapi pembangkang pusing cerita utk menyalahkan UMNO. Sejarah 13 mei telah membuktikan siapa DAP sebenarnya... skrg mereka cuba menggunakan melayu PAS, melayu PKR dan melayu DAP utk perisai mereka. Sekiranya terjadi pergaduhan lagi korang bayangkanlah akan ada melayu yg akan membunuh melayu demi utk mempertahankan cina lakhanat DAP. Cina DAP waktu tu buat apa? senyum aja la...  kalau dulu mereka telah tewas kpd melayu semasa peristiwa 13 mei tapi kini cina DAP tak perlu bersusah payah utk membunuh melayu. Akan ada balaci melayu mereka yg akan membunuh melayu. Cerita di sini aku bukan berniat utk mencetuskan perkauman, aku hanya ingin kesedaran sesama bangsaku...
















Member BSK