Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ahli pas mati. Show all posts
Showing posts with label ahli pas mati. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

PAS KELANTAN Di Ugut BUNUH !!!




Hayat PAS Kelantan Kini Di Hujung Tanduk

Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO PERKASA yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya.

Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan, mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin PAS Kelantan.

Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong PAS sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan PAS Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang.

Kempen propaganda PAS Kelantan beberapa hari sebelum itu yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selaku tetamu di majlis tersebut tidak akan dapat menarik perhatian ramai, nyata gagal sama sekali. Lain yang mereka harapkan, lain pula yang terjadi.

Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai, jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada PAS memerintah negeri.

Baru-baru ini pula, sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP.

Beberapa hari selepas itu, hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur, Shah Alam, Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa, terutama selepas PAS menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008. 

Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari PAS, gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran PAS.

Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong PAS veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO tika ini.

PRU 13 yang mendatang ini bakal meletakkan PAS semakin terperosok jauh ke hujung tanduk, malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti PAS akan cedera teruk tertusuk tanduk, jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya.

Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala PAS hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO, tidak syak lagi PRU 13 adalah PRU terakhir untuk PAS sebagai Kerajaan Kelantan. Insya-Allah.




Sunday, 17 February 2013

Undang-Undang Haram Jadah Mat Sabu !!!



PERLEMBAGAAN negara jelas menyatakan bahawa tidak ada siapa di kalangan rakyat negara ini berada di atas undang-undang, waima kerabat diraja sekalipun.  Ini pasti.

Tapi ada 2 perkembangan berkaitan membabitkan pemimpin parti pembangkang yang menunjukkan puak-puak kera ini berada di atas undang-undang, seakan tidak ada yang boleh menyentuh mereka.

Pertama, keengganan DAP menyerahkan laporan pemilihan CEC Disember lepas sehingga sekarang kepada Pendaftar Pertubuhan dan kedua tindakan pemimpin Pakatan menyelar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana menyaman Mat Sabu yang jelas memfitnahnya.

Rasanya penulis suka mulakan dengan yang kedua.

Dari segi undang-undang, Wan Ahmad mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Mat Sabu yang memfitnahnya terlibat dengan ‘Projek I/C’ di Sabah bersama-sama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Soal jawatan Wan Ahmad dalam SPR tu apa pulak kaitan sehingga dia tidak boleh menyaman Mat Sabu?  Ini logik mudah yang tak payah dipanjang-panjangkan pun.  Apatah lagi bila kera terbesar dalam pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri dikenali sebagai Raja Saman Berpilih.

Agak-agak lawyer dia boleh pusing, dia saman, agak-agak lawyer dia tak boleh pusing, dia tak saman.  Video berzina dengan pelacur, sampai sekarang Anwar tak saman Datuk Eskay Abdullah, dan itu baru satu contoh.

Siapa di antara kera yang lain berani panggil Anwar samseng dan gesanya letak jawatan macam yang ditujukan kepada Wan Ahmad sekarang kerana menyaman Mat Sabu? Klik Sini  Oh ya, Mat Sabu pun ada saman orang lain jugak, apa Mat Sabu juga samseng?

Yang kita semua tahu, anggota SPR tidak boleh menyertai parti politik sahaja, peruntukan undang-undang dibawah Akta Pilihanraya  yang menyebut Wan Ahmad tidak boleh menyaman orang yang memfitnahnya?


(SUMBER)




Thursday, 24 January 2013

Mengapa ada ahli PAS mati dan tidak sempat bertaubat !!!



Ramai penyokong Pas mati tidak sempat bertaubat termasuklah

seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar secara tiba-tiba atas desakan beberapa balaci DAP memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan seperti mengambil rasuah, melepaskan kes-kes jenayah dengan tujuan untuk mendapat imbuhan sepanjang bertugas sebagai polis. 



Belum pun sempat bertaubat Abdullah Omar membuat berbagai pembohongan lagi bagi kali terakhir konon dia banyak menganiaya Pas dengan harapan agar rakyat mempercayai bahawa kerajaan tidak telus. Yang kita musykil semua cara berbohong adalah sama macam ada skrip dicipta.


Walaubagaimanapun dia sudah kembali ke Rahmatullah..Alfatihah



Satu lagi kes kematian juga di pengkalan pegoh pada pagi tadi, seorang lagi mangsa kerakusan Pas menyusahkan rakyat, dimana seorang penyokong Pas bernama Mohammad Puaad bin Ariffin tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri mungkin disebabkan sakit jantung.

Menurut sumber Mohamad Puaad terlalu teruja untuk mendengar ceramah Isu Tanah di Relai Gua Musang Kelantan yang dikatakan sengaja dibuat oleh pihak Umno.

Mungkin terkejut dengan jumlah tanah yang diserahkan kepada cina DAP Perak sebanyak 10,526 ekar maka Mohamad Puaad terus rebah.

Agak malang lagi bagi penyokong Pas V. Sivakumar haramjadah meneruskan ceramah tanpa mempedulikan kematian penyokong Pas.

Mungkin V. Sivakumar yang kafir menganggap kematian penyokong Pas tidak penting ceramah lagi penting.



PAS dan segala pemimpin Kafir boleh buat apa yang mereka mahu, boleh tipu sepuas-puasnya tunggu hukuman rakyat pada PRU13 nanti.




Member BSK