Jumlah Pengunjung

Monday 24 June 2013

UJIAN DARI ALLAH UNTUK USTAZ KAZIM ELIAS !!!



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menafikan dakwaan kononnya Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi yang dibuka oleh penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias adalah pusat di bawah 'kawalan' Barisan Nasional (BN).


Zambry turut menyangkal fitnah politik yang dilemparkan kepada Muhammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kononnya beliau telah memberikan wang secara peribadi bernilai RM7 juta kepada pendakwah terkenal itu.

"Saya amat bersimpati dengan Ustaz Kazim dalam keadaan beliau difitnah dengan pelbagai cara dan ugutan. Kita bekerjasama dalam perkara yang baik. Takkan kita pula mahu menolak orang yang memperkenalkan negeri Perak serta institusi dan pengajian Islam seperti ini?" katanya pemberita selepas menghadiri majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-7 pusat pendidikan itu di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK