Jumlah Pengunjung

Thursday 5 December 2013

PAS TERKEJUT BABI BILA USTAZ KAZIM TOLAK JAWATAN MT UMNO !!!



Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias (gambar) atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan keputusannya menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria di sini, malam tadi.

Ustaz Kazim berkata, beliau akan terus memainkan peranan sebagai pendakwah bebas dan tidak berhajat meneruskan perjuangannya melalui platform politik.

"Ramai hari ini tunggu kenyataan saya berkenaan MT. Saya tak pernah minta jawatan ini, tapi tak apalah, malam ini juga saya nak umum. Saya memilih untuk tidak terima jawatan yang ditawarkan kepada saya sebagai Ahli MT UMNO," katanya.

Tambah Ustaz Kazim, adalah lebih sesuai bagi beliau bergerak secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

"Saya sebelum ini ada berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendengar penjelasan panjang lebar berhubung keperluan melantik saya jadi Ahli MT. Namun, saya mempunyai alasan tersendiri untuk bergerak secara bebas.

"Saya juga tegaskan kepada beliau bahawa saya ini adalah seperti harta awam, jadi tak elok saya dimiliki satu parti sahaja," katanya.

Sementara itu di IPOH, Kazim ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi hari ini memberitahu bahawa keputusan itu bukan dipengaruhi atau desakan pihak tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata, keputusan itu diambil kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran dan pengalaman dalam dunia politik, selain lebih selesa menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa.
''Walaupun saya menjadi ahli Pas, saya tidak pernah memegang apa-apa jawatan. Apabila ditawarkan untuk memegang jawatan sangat tinggi dalam UMNO, saya takut tidak boleh buat kerja kerana tiada pengalaman langsung dalam bidang ini,'' katanya.

Mohammad Kazim berkata, walaupun berat hati mengambil keputusan tersebut, namun perlu juga dilakukan selepas melihat komitmen besarnya terhadap sekolah dan pelajar di Al-Barakah.
''Keputusan ini muktamad walaupun merasa berat kerana penjelasan yang diberi Perdana Menteri tempoh hari sangat menarik hati.

''Oleh sebab itu, saya beritahu kepada Perdana Menteri untuk mencari ilmuan agama yang boleh menyambung niat murni beliau dan saya nampak keikhlasan serta sikapnya yang sangat terbuka,'' ujarnya.





No comments:

Post a Comment

Member BSK