Jumlah Pengunjung

Tuesday 25 December 2012

BUKTI HADI AWANG ARAH ELAK AHLI PAS AMBIL LAUK ORANG UMNO !!!


Ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi menyebabkan sebahagian ahli Pas mengelak daripada mengambil lauk daging sewaktu menghadiri kenduri ahli dan penyokong UMNO kerana percaya sembelihan mereka tidak sah dan haram dimakan.
Perkara itu didedahkan bekas ahli Pas dari Kampung Bukit Payong Hulu Besut, Mat Ali Mat Resat, 62, yang turut menjelaskan, mereka juga seboleh-bolehnya cuba mengelak menghadiri kenduri dan menziarahi jenazah ahli dan penyokong UMNO dan jika terpaksa melakukannya hanya kerana mahu mengambil hati.
"Pendek kata kalau orang lain hadir ke satu-satu majlis kenduri mereka akan menikmati juadah yang disediakan dengan berselera, tetapi bagi kami hanya makan sambal cili dan acar timun. Kemudian balik makan di rumah atau di kedai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mat Ali menyingkap pengalaman silamnya sewaktu mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N. Al-Afghani masih ramai yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sehingga kini.
Bagaimanapun kata Mat Ali, apa yang pelik ialah apabila berada di luar kampung atau dalam perjalanan, soal siapa yang menyembelih dan siapa yang menyediakan hidangan atau juadah dan di masjid mana perlu singgah tidak timbul lagi.
Katanya, jika terpaksa ke masjid berdekatan, ramai ahli dan penyokong Pas hanya hadir solat Jumaat apabila giliran imam daripada orang Pas sendiri, tetapi akan memulaukannya apabila giliran imam dalam kalangan penyokong UMNO.
"Inilah perkara yang pelik tetapi menyesatkan yang berlaku kerana kami percaya dan berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sampai sekarang masih menjadi ikutan ramai ahli dan penyokong tegar Pas,'' ujarnya.
Malah, Mat Ali yang percaya dengan pendedahan Zainon itu berkata, kesediaannya untuk ditemu ramah Utusan Malaysia juga akan memarakkan kebencian pengikut Pas terhadapnya.
Katanya, setelah lebih 30 tahun berada dalam Pas akhirnya dia mengambil keputusan keluar dan menyertai UMNO pada 2004 apabila melihat Pas semakin terpesong setelah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Kalau sebelum ini UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi nampaknya tidak demikian apabila Pas bekerjasama dengan kedua-dua parti yang diterajui oleh ramai kalangan bukan Islam.
"Pas nampaknya masih sanggup bekerjasama walaupun dihina oleh DAP yang jelas menolak hukum hudud dan negara Islam, tetapi perkara ini masih tidak disedari oleh ahli dan penyokong yang seolah-olah seperti patung sahaja," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK