Jumlah Pengunjung

Thursday 27 December 2012

BUKTI PAS SELEWENG ZAKAT FITRAH !!!


Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.
Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja.
Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.
“Saya memilih untuk tidak menyokong Pas setelah menyedari Amanat Haji Hadi menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Pendirian ini semakin kuat apabila Pas bekerjasama dengan DAP. Perjuangan Pas sekarang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi dan kebendaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan dan pendedahan bekas aktivis tegar parti itu, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.
Shokri yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Cherang Ruku Bandar berkata, memulau imam UMNO, tidak makan daging sembelihan orang UMNO dan banyak lagi pantang larang kerana terikat dengan Amanat Haji Hadi adalah sebahagian asam garam hidupnya dalam perjuangan Pas dahulu.
“Sekarang giliran saya pula dipulau sebahagian besar pengikut Pas disebabkan tindakan yang diambil. Saya akan menulis surat untuk menyatakan peletakan jawatan saya dalam Jawatankuasa Penerangan Pas dalam masa terdekat ini dan saya ingin tegaskan saya tidak menyertai UMNO," katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK