Jumlah Pengunjung

Monday 24 December 2012

LULUS BALAK IKUT SUKA HATI MAK BAPAK NIZAR JER...!!!


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mendakwa Datuk Seri Nizar Jamaludin meluluskan komponen balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.
Zambry mendakwa Mohamad Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.
"Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan.
"Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan meminta Zambry menunjukkan bukti dakwaan itu.
"Saya ada bukti, bukan saya tidak boleh tunjuk," kata Zambry sambil menunjukkan beberapa helai kertas.
Mohd Nizar turut mencabar Zambry untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya minta SPRM ambil dokumen ini selepas ini," kata Zambry.
Mohd Nizar yang ditemui di luar dewan kemudiannya menafikan beliau pernah membuat kelulusan berkenaan tanpa melalui jawatankuasa itu.
Persidangan dewan yang berakhir hari ini meluluskan Belanjawan 2013 Perak berjumlah RM948.47 juta.
Isnin lepas, Zambry membentangkan belanjawan negeri dengan RM626.27 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM322.2 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

No comments:

Post a Comment

Member BSK