Jumlah Pengunjung

Sunday 23 December 2012

NIK AZIZ BERJAYA PERANGKAP NGEH KOO HAM !!!


Mengenai isu tanah yang membabitkan pemimpin DAP Perak, dalam masa Nik Aziz membuat penafian kenapa Ngeh terus menuduh PAS membocorkan rahsia.
Portal pro pakatan yang pada mulanya menyiarkan PAS membocorkan rahsia telah menukarkan artikel tersebut setelah mendapat arahan Ngeh menghalakan kepada pihak Umno.Kenapa artikel itu ditukar? Adakah mereka mahu sembunyikan sesuatu?
FMT menjadi mangsa kebebasan media yang dilaungkan oleh pakatan haprak sendiri,apabila terkena batang hidung sendiri mereka gelabah dan cuba menutup kesilapan dengan cara memperbodohkan pembaca.Artikel asal di portal tersebut, Ngeh menuduh PAS tikam belakang dipadam dan tidak lama kemudian digantikan dengan artikel baru .


Artikel FMT yang dipadam-FMT melaporkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, pemimpin PAS telah membocorkan rahsia tentang perkaitan namanya dengan pemberian tanah di Gua Musang Kelantan.
Ngeh dilaporkan sebagai berkata, beliau hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin PAS.
Beliau, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian tanah bernilai lebih RM30 juta.
Sementara itu, Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman mendakwa Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Datuk Nga Kor Ming merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.
Hamidah berkata, pencarian beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati dua pemimpin kanan DAP negeri itu merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
"Saya sudah buat pencarian di SSM pada Isnin lalu dan saya mendapati Koo Ham dan Kor Ming merupakan antara enam ahli lembaga pengarah di syarikat tersebut.
"Jika tidak ada kena mengena, mereka perlu berani menafikan jika mereka bukan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. itu.
"Dan jika mereka ada kepentingan di syarikat itu, mereka perlu dedahkan berapa kos yang dibayar untuk membeli tanah tersebut," katanya yang juga Adun Sungai Rapat.
Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar atau 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada Ngeh yang juga Adun Sitiawan dan Adun Pantai Remis, Nga.- FMT


Kepada Nik Aziz buatlah apa penafian sekalipun, Cuba tanya Ngeh kenapa dia kata PAS bocorkan rahsia!?

                              "Kalau tak betul kenapa Ngeh kata PAS tikam belakang..?"


No comments:

Post a Comment

Member BSK