Jumlah Pengunjung

Monday 9 December 2013

ANAK IKAN ANWAR MULA NAK KELUAR !!!



Lebih ramai pemimpin serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai akan mengikut jejak langkah beberapa pemimpin kanan parti itu sebelum ini meninggalkan parti tersebut.
 
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan ahli PKR itu bertindak demikian kerana tidak mahu menjadi 'anak ikan' mana-mana pemimpin parti tersebut.

Malah, Zamil memberitahu, beliau juga keluar parti kerana tidak mahu menjadi 'anak ikan' kepada pemimpin tertentu dan perkara itu juga menjadi sebab ahli PKR lain berbuat demikian.

"Kita tidak kisah apa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menuduh, tetapi hakikatnya kami bukan 'anak ikan' dan tidak menyokong Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

"Mereka yang masih ada sejak parti ditubuhkan hanya tinggal 15 ke 20 peratus sahaja. Sepatutnya ucap terima kasih kepada yang keluar ini sebab jika masih berada dalam parti, sudah tentu ramai termasuklah Rafizi sendiri tidak akan merasai kedudukannya kini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antara lain menyebut: 'Thank you for sucking away our dirt' yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin PKR negeri yang bertindak keluar parti itu ialah Akhmain Sabtu (Kudat); Anthony Mandiau (Kota Marudu); Juhani Abd. Halim (Silam); Mohd. Jun (Kalabakan); Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna).

Selain mereka ialah Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu); Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud); Timothy Lim (Sepanggar); Apandy Sipin (Pensiangan) dan Aris Remigius (Batu Sapi).

Dua lagi yang turut mengisytiharkan keluar parti ialah bekas Ahli Parlimen Bandau, Henry Madatang dan calon PKR Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jomi Kamadan.

Zamil yang juga Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah turut mempertikai kelayakan Rafizi mengeluarkan kenyataan atau 'menyindir' beberapa ahli PKR yang bertindak keluar daripada parti itu kerana Ahli Parlimen Pandan berkenaan bukan pemimpin yang dipilih berada dalam jawatan parti melalui proses pemilihan.

"Dia ini (Rafizi) siapa? Dia tidak dipilih (melalui proses pemilihan parti). Dia kena faham, cermin diri, dia cuma dilantik, tidak seperti Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. Oleh itu, dia tak layak nak cakap (isu ahli keluar parti).

"Tetapi peliknya, banyak isu-isu yang dibawa oleh PKR diserahkan kepadanya (Rafizi). Kenapa tidak diserahkan kepada pemimpin kanan parti?" katanya.





No comments:

Post a Comment

Member BSK