Jumlah Pengunjung

Wednesday 11 December 2013

RAFIZI KENA PERLI DAN SINDIR !!! HAHA



Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak berlagak hero ketika mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan beberapa ahli keluar daripada parti berkenaan.
 
Ingatan tersebut disuarakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Khairul Anuar Ramli yang melihat Ahli Parlimen Pandan itu sebagai ‘budak hingusan’ dalam PKR.

“Kalau dia (Rafizi) yang baharu kenal siapa pemimpin PKR cuba nak tunjuk hero, lebih baik lupakan sahaja kerana dia belum kenal siapa (pimpinan PKR) yang sebenarnya.

“Kalau kami, bekas ‘panglima’ PKR yang dahulu pernah bersusah payah pun sanggup tinggalkan (parti), apa pula Rafizi yang boleh diumpamakan sebagai budak hingusan dalam PKR,’’ katanya.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antaranya menyebut; Thank you for sucking away our dirt yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR khususnya di Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu, baru-baru ini.

Semasa mengumumkan perkara itu, Najib menegaskan bahawa mereka membuat keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PKR dan seterusnya memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional mahupun negeri.

Sementara itu, Khairul Anuar turut mempersoalkan kedudukan Rafizi dalam membicarakan tindakan keluar parti oleh beberapa ahli PKR.
“(Nak tanya) mana muka Rafizi di awal era reformasi dahulu? Kami tidak kisah apa Rafizi nak tuduh (yang keluar parti), tetapi hakikat sebenar adalah kami bukan ‘anak ikan’,’’ tegasnya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK