Jumlah Pengunjung

Tuesday, 12 February 2013

Haron Din Scan Anwar 2X, Tetap Nampak Apa ???



Apakah hanya disebabkan pengundi berdaftar telah meningkat sebanyak 1.2 juta dalam tempoh setahun SPR wajar dituduh menyelewengkan daftar pemilih?

Tanpa menunjukkan apa-apa bukti yang valid, Anwar cuba menimbulkan  "rasa ragu" dalam pemikiran umum terhadap ketelusan daftar pemilih. 

Perangai Anwar ini ibarat "budak pemalas dan nakal" dalam kelas yang sering melindungi perbuatan buruk dan sikap pemalasnya dengan cara mempertikaikan kredibiliti guru di setiap kali mesyuarat PIBG.

Ibubapa yang tak tahu hujung pangkal kisah sebenar terus terpengaruh dan mempertikaikan guru tanpa usul pereksa. 

Ini  sebenarnya yang dikehendaki oleh Anwar apabila dia terus menuduh SPR menyelewengkan daftar pemilih tanpa sebab yang menasabah, sedangkan satu dunia tahu antara tugas utama SPR adalah memastikan sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih.

SPR turut memberikan tugas mendaftar kepada parti-parti politik. SPR juga mempamer senarai yang didaftarkan ini kepada umum untuk disemak dan diperbetulkan jika wujud kesilapan dalam daftar tersebut. 

Anwar tidak berminat untuk semua kerja ini. Dia hanya cenderung untuk memanipulasi apa saja isu yang boleh menimbulkan rasa "tidak percaya" pengundi kepada SPR. Itu saja.

Budak pemalas dan nakal memang perangai macam tu. Budak-budak macam ni selalu tutup perangai malas dan nakal mereka dalam kelas dari pengetahuan ibubapa dengan cara menyalahkan guru.

Kalau dia bodoh, guru yang salah kerana tak tau ajar murid. Kalau dia dihukum kerana masalah disiplin, guru yang salah. Kalau dia dibuang sekolah, guru besar yang salah. Kalau dia gagal exam, itu salah guru yang mendidik. Kalau dia tak dapat masuk "U", kerajaan yang salah. Kalau dapat masuk "U" tapi tak dapat pendidikan percuma, kerajaan yang salah.

Anwar adalah manusia "U"turn. Dia akan "U" turn semua jenis pemikiran manusia. Sikap hormat kepada kerajaan akan di U-turn jadi benci. Benci kepada perangai dia, akan di U-Turn jadi sayang. Orang yang faham akan di U-Turn jadi keliru. Orang yang rasional akan di U-Turn jadi emosional. Orang yang bersangka baik akan di U-Turn jadi manusia prejudis. Elok-elok di depan, dia akan "U turn" ke belakang.

Dia pergi mengadap Dr Haron Din pun mungkin untuk cuba "U turn" pemikiran Dr Haron Din supaya tukar pendirian kepada bersetuju kalimah Allah digunasama oleh semua agama. 

Atau, sekurang-kurangnya nak nasihat Dr Haron Din supaya jangan bising-bising. Anwar mungkin nasihat Haron Din supaya dengar pesanan nabi, "diam itu lebih baik dari berkata-kata".

Ana takpa...ana lain.. "Ana lebih baik berkata-kata daripada diam". Nabi tau ana siapa. Ana pun dah terkeluar dari senarai umat nabi. Nabi tak ngaku umat dah pun..





No comments:

Post a Comment

Member BSK