Jumlah Pengunjung

Sunday 25 August 2013

DAP BENGANG... 4 GENG KONGSI GELAP LAGI DI TANGKAP !!! TAHNIAH PDRM...



- Empat penjenayah berbahaya yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes tembakan seorang lelaki di Lebuh 5, Kampung Simee di sini bulan lalu, diberkas setelah berbalas tembakan dengan polis di Medan Bercham Selatan 4, Taman Syukur dekat sini malam tadi.

Dalam operasi selama tiga jam itu, sepasukan polis bertindak mengepung dan menyerbu rumah dua tingkat yang didiami kumpulan suspek terbabit pada pukul 9.30 malam setelah menerima maklumat dan risikan.

Ketika serbuan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen negeri, dua suspek ditangkap di tingkat bawah manakala dua lagi rakannya cuba melarikan diri melalui siling dan bumbung rumah terbabit.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, pasukan polis kemudian mengejar mereka di atas bumbung sebelum menangkap seorang daripadanya setelah terjatuh ketika cuba melompat dua buah rumah bersebelahan.

"Seorang lagi suspek ketika melarikan diri telah melepaskan tujuh hingga lapan das tembakan ke arah polis menyebabkan kita terpaksa membalasnya.
"Suspek itu akhirnya diberkas selepas terjatuh di lantai dapur rumah jiran belakang yang tidak berpenghuni," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 29 Julai lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun maut akibat ditembak di leher manakala dua rakannya cedera parah selepas ditembak di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee di sini.

Dalam insiden pukul 10.15 malam itu, kesemua mangsa sedang minum di luar restoran bersama dua rakan yang lain sebelum muncul dua suspek berkereta lalu melepaskan tembakan dalam jarak dekat.

Paramasivam seterusnya berkata, pemeriksaan di rumah tersebut menemukan beberapa peket dadah jenis Eramin selain polis turut merampas sepucuk pistol jenis Baretta, kelongsong peluru dan dua butir peluru berukuran .9mm daripada suspek keempat.

"Serbuan dilakukan susulan daripada tangkapan melibatkan tiga suspek termasuk seorang wanita minggu lalu. Kita percaya mereka terlibat dalam kes sama (pembunuhan seorang lelaki).








No comments:

Post a Comment

Member BSK