Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 August 2013

SI GAMPANG NI MAIN TAIK DALAM MAHKAMAH !!!




- Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd. Akin (gambar) dan dua lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan Blackout 505, dua bulan lalu.

Shamsul Iskandar yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), 39; Timbalan, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan Naib Ketuanya, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 29, masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Shamsul bersama Khairul Anuar dan Mohd. Nazree didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di kawasan larangan, Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya antara pukul 12 tengah hari dan pukul 1.15 petang, 22 Jun lalu.

Mereka bertiga didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 September depan bagi sebutan semula kes.

Mahkamah turut menetapkan 11, 12 dan 13 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Aini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam A. Jeyaseelen dan Yusmadi Yusoff.


No comments:

Post a Comment

Member BSK