Jumlah Pengunjung

Wednesday 21 August 2013

PESERTA HIMPUNAN HIJAU MAKAN TAIK DALAM MAHKAMAH !!!




RAUB - Empat individu yang menyertai Himpunan Hijau Raub pada September tahun lepas, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan berarak dan membawa kanak-kanak pada perhimpunan itu.
    
Pengerusi Himpunan Hijau Raub Wong Kin Hoong, 65, dari Taman Sentosa di sini, dan Naib Pengerusinya Tengku Shahadan Tengku Jaafar, 61, dari Simpang Kalang di sini, didakwa melanggar syarat yang dikenakan bagi perhimpunan itu iaitu melakukan perarakan dari padang bola sepak Kompleks Sukan Majlis Daerah Raub ke hadapan Bangunan Gunasama Persekutuan Raub di antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 2 Sept 2012.
   
Kedua-dua didakwa mengikut Seksyen 15(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(3) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
   
Sementara itu, Liew Chee Cheong, 43, dari Puchong, Selangor dan Chan Lai Yong , 32, dari Kampung Chamang, Bentong pula didakwa menghadiri himpunan tersebut di padang bola sepak Kompleks Sukan Majlis Daerah Raub di antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang, 2 Sept 2012, dengan membawa kanak-kanak.
   
Liew didakwa membawa dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan enam tahun manakala Chan didakwa membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(4) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 jika sabit kesalahan.
   
Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah.
   
Hakim Shahrizat Ismail mengarahkan kesemua tertuduh dikenakan jaminan RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Sept ini sebagai tarikh sebutan semula.
   
Kesemua tertuduh diwakili peguam Roger Chan, Mohd Harris Abdullah dan Lai Chee Meng manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa.
   
Di luar mahkamah, kira-kira 50 penyokong Himpunan Hijau berkumpul sejak awal pagi termasuk pemimpin parti pembangkang di negeri ini, namun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. - Bernama



No comments:

Post a Comment

Member BSK