Jumlah Pengunjung

Saturday, 23 May 2015

#FBP2015 FRINJAN UNIKKAN ZON SELATAN !!!



Frinjan, adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial .

Pada Festival Belia Putrajaya 2015 ini, mereka membawa produk-produk terbaru mereka untuk tatapan pengunjung dan peminat setia mereka. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan juga turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

Acara Frinjan di Zon Selatan ini antaranya adalah mereka memberikan sesiapa sahaja pengunjung yang mahu mengekspresikan diri mereka di pentas Frinjan tanpa ada batas politik, sosial, darjat mahupun ras. 


Pada Festival Belia Putrajaya kali ini, rumah Frinjan hadir dengan konsep ruang untuk diguna dan dikongsi oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Sehingga kini mereka telah bergotong royong menyediakan :


-Pelancaran Buku Dua Lauk & Perempuan Simpanan anjuran bersama Sang Freud Press & Sindiket Soljah
-Pelancaran buku New Malaysian Essays 2 & Elarti-ga oleh Matahari Books & Storm
-Tayangan filem tribute Yasmin Ahmad oleh The Storytellers Club
-Pelancaran buku Laut Lebih Indah Dari Bulan karya Nam Ron dan Projek KoKEN: Koleksi Skrip Teater Kompilasi Volume I & II anjuran bersama Oxygen Media & Rumah Anak Teater

dan banyak lagi

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi apa yang ada pada Frinjan, jom serbu ke Zon Selatan Festival Belia Putrajaya 2015.













No comments:

Post a Comment

Member BSK