Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam.

Menerusi akaun Twitternya, Tian Chua mendakwa ditahan ketika memandu di Seberang Jaya selepas menghadiri ceramah PKR di Taman Tun Hussein Onn, Permatang Pauh di sini.
Menurutnya, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, sebelum dibawa ke Kuala Lumpur.
Penahanan Tian Chua itu menyaksikan enam pemimpin pembangkang setakat ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut.
Mereka ialah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.