Jumlah Pengunjung

Friday, 22 May 2015

#FBP2015 VIDEO BELIA JEPUN BERPUSING MAIN GASING !!!



Teruja, begitulah reaksi yang dapat di tunjukkan dari pengalaman belia dari negara Jepun bila dapat merasai bermain permainan tradisional melayu gasing. Onizawa 19 tahun, seorang pelajar yang menuntut di Negara Malaysia yang berasal dari Negara jepun begitu sangat gembira bila dapat hadir ke Festival Belia Putrajaya 2015 dan dapat melihat sendiri bagaimana belia-belia Malaysia diraikan setiap tahun oleh pihak kerajaan bagi menghargai sumbangan belia Negara dan mempelajari ilmu baru di dalam festival ini.

Ternyata, belia dari Negara jepun ini sangat mengagumi festival yang di anjurkan khas untuk belia-belia Malaysia pada tahun ini kerana didalam festival ini mempunyai pelbagai acara yang sememangnya amat memenuhi citarasa anak muda masa kini. Menurutnya, “jika mampu, saya mahu melawat dan melihat semua yang ada didalam festival ini”.


Mungkin kedudukan tempat permainan gasing ini agak sedikit jauh dari tumpuan orang ramai, namun begitu, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat pembuat gasing ini untuk terus mempamirkan jenis-jenis gasing terkini dan membuat persembahan kepada pengunjung yang singgah disini.









No comments:

Post a comment

Member BSK